#Phuket Part 1 - Sami Kitchen



Sungai Golok - bandar pintu masuk ke Thailand dari Kelantan (Rantau Panjang)

THAILAND

 the land of smiles...
TRIP 25-29 MAY 2013

HARI PERTAMA

Ok macam ni ceritanya...tahun 2011 aku ke Bandung, tahun 2012 aku tak kemana-mana sebab sibuk dengan kerja dan kerja lain. Tahun 2013 bila dah rasa ada masa lapang baru teringin nak berjalan-jalan. Tapi kali ini terasa tak nak naik kapal terbang, bukan apa dari Kota Bharu akan transit ke Kuala Lumpur dulu dan balik pun sama juga, leceh, letih dan banyak ambil masa. Jadi bila difikir-fikirkan destinasi yang terbaik untuk elak menaiki kapal terbang adalah Malaysia @ Thailand sahaja. Ok dipendekkan cerita aku mengambil keputusan untuk ke Thailand atau khususnya Phuket dengan cara darat @ memandu sendiri. Setelah hampir dua bulan merancang perjalanan dan itinerari, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu.


Perjalanannya bermula di Rumahku - Rantau Panjang - Sungai Golok - Tak Bai - Narathiwat - Pattani - Hat Yai - Trang (Thap Tiang) - Krabi - Phang Nga - akhirnya di Phuket. Perjalanan dari Sg. Golok ke Phuket sejauh 698km mengambil masa lebih 9jam. Itu kata google map tapi yang sebenarnya mengambil masa lebih dari itu, yalah sesat sana sini kena kira jugak kan...


Tanggal 25 May 2013 pukul 0732 aku dan seorang rakan tiba di Imigresen Rantau Panjang, prosesnya mudah sahaja, pandu lalu, turunkan cermin tingkap, bagi passport untuk diimbas dan siap. Mudah sahaja kan tidak seperti imigresen Thailand di Sungai Golok kami terpaksa parking, beratur untuk cop passport, isi borang pengishtiharan kemasukan kereta dan siap. Nasib pada hari tu tak ramai sangat orang, jadi urusannya cepat. Ok ini kaedahnya untuk anda membawa masuk kereta ke Thailand;


1- Pastikan ada kereta (ngeeee...) kalau tak de pinjam kereta kawan dan ajak la dia bersama macam yang aku buat la (nampak tak disitu....heheh) jangan marah ye tuan kereta :}. Boleh juga bawa masuk kereta orang lain tetapi mestilah ada surat kebenaran daripada tuan kereta. Alah... buat surat tak rasmi macam kita belajar di sekolah tu je.


2- Beli insurans Thailand - Boleh beli di Rantau Panjang ataupun di Imigresen Thailand pun ada jual. 
Harga insurans Thailand adalah Rm55 untuk 3 bulan. Dulu ada untuk seminggu yang mana harganya lebih murah, tapi kini hanya untuk tempoh 3 bulan atau lebih sahaja dijual.

3- Serah insurans di kaunter dan kastam Thai akan keluarkan satu borang yang dipanggil Custom Declaration Form. Borang ini adalah sebagai bukti kita membawa masuk barangan (kereta) ke negara Thai. Serahkan satu salinan semasa melalui kastam dan satu lagi simpan untuk serah semula sewaktu pulang. Ingat jangan hilangkan borang tersebut kerana denda RM200 dikenakan kalau hilang.


3- Isi white card dan bayar rm2 sebagai upah. Cop passport dan siap, selepas itu lalulah di hadapan kastam dengan megahnya hahaha.


4 - Matang Thailand menggunakan Baht(100baht = rm10.60), you do the math ok!


Secara jujurnya aku memang tak tahu dari Sungai Golok menuju ke utara ada lebuhraya (jeng jeng jeng). Mengikut google map aku sepatutnya melalui sungai golok - sungai padi yang mana menggunakan jalan kampung. Ok aku ikut juga jalan tu menuju ke Sungai Padi, kami melalui bebrapa check point askar, masa ni la aku jenuh nak buka but kereta untuk diperiksa. Dan bila sampai sahaja di pekan Sungai Padi. cer teka apa berlaku?? ya... ada BOM meletup. Gulp!!!.... Jalan disekat, kami tak boleh melepasi kawasan tersebut. Mengikut penduduk tempatan yang masih boleh bercakap Melayu dialek Kelantan, bom baru sahaja meletup dalam 10 minit sebelum kami sampai. Masing-masing urut dada dan bersyukur. Dan aku bertanya lagi jalan lain untuk ke Hat Yai, dan kakak tersebut mencadangkan kami melalui Tak Bai, maknanya kami kena patah semula ke Sungai Golok. Kami patah balik ke Sungai Golok (ambil masa 30minit lagi dan melalui cek point askar semula).


Sesampainya di Sungai Golok, kami mencari papan tanda ke Tak Bai, memang ada dan jalannya adalah amat cantik! ya ia sebenarnya lebuhraya 4 lorong menuju ke selatan. Jalan yang lurus, lebar dan cantik. Baru aku tau rupa-rupanya jalan di Thailand sangatlah hebat heheh. Kami melunjur tak selaju kereta-kereta Thai menuju ke Tak Bai, Narathiwat, Pattani dan Hat Yai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam sebelum sampai ke Hat Yai. Sepanjang perjalanan terdapat beberapa check point askar, berhenti bila perlu dan terus memandu. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bila melepasi Pattani kami tidak lagi melihat cek point dan kelibat askar. Mungkin semakin ke utara keadaan dah semakin selamat. Perjalanan sangat lancar dengan purata kelajuan 100kmj sahaja kerana takutkan perangkap had laju. Tetapi disebabkan ego tercabar dengan cara orang Thai memandu macam pelesit, ku gagahkan jua menekan sedikit lagi pedal minyak. Perjalanan sangatlah rileks dan kadang-kadang membosankan juga disebabkan jalan yang lurus dan selesa. Dan yang paling penting tiada toll! Kami hanya berhenti seketika di stesen minyak untuk buang air dan teruskan perjalan. Tunggu sampai kami kehabisan minyak ya... harga minyak disana boleh buatkan kita migrain...



Lebuhraya Thailand, lurus, luas, selesa, tiada tol dan speed trap :)

Selepas melalui penat lelah memandu dan bom dan askar-askar bersenjata maka sampai lah kami di Hat Yai - sebuah bandar di wilayah Songkhla... dan Google sendirilah sejarah Songkhla ya. Sesat juga bila memasuki bandar Hat Yai, apatah lagi mencari hotel penginapan kami iaitu Hansa JB Hotel. Selepas sesat sepuas-puasnya maka jumpalah hotel tersebut. Sebenarnya tak susah untuk cari pun, cuma tengok dimana Lee Gardens Plaza dan kami dah boleh agak dimana hotel tersebut. Check in ke bilik agak pantas, biliknya lawa lah juga jika nak dibandingkan dengan usia hotel yang dah lama tu. Kami rehat sekejap sebelum aku buat aktiviti wajib di hotel iaitu berenang. Sebenarnya aku pilih hotel ni sebab ada parking yang selamat, kami bawa kereta ke negara orang, takut apa-apa terjadi kepada kereta juga. Tapi Alhamdulillah tak ada apa masalah kepada kereta kecuali rim depan yang sedikit terpeleot ( hanya disedari di Narathiwat dalam perjalanan pulang), mungkin sebab jatuh lubang, tetapi tak pasti di Malaysia atau pun Thailand.
Bilik di Hansa JB Hotel Hat yai
Hansa JB Hotel Hat Yai

Selesai berehat dan berenang, sekarang dah pukul 2 lebih jam Thailand maknanya jam 3 waktu Malaysia. Thailand awal sejam dari Malaysia. Perut pun dah lapar dan kami terus menuju ke Sami Kitchen. Melalui pembacaan aku, Sami Kicthen adalah tempat makan halal yang popular di Hat Yai.tempatnya agak jauh dari Bandar Hat Yai, lebih kurang 10km menuju ke Songkhla, jadi kalau anda menggunakan teksi mungkin agak mahal kadarnya, sebab itulah kami memandu :). Sampai di Sami Kitchen terus pesan tomyam, ayam masak gajus, telur dadar. Ya ampun tomyam dia sangatlah sedap, tak pernah rasa tomyam sesedap itu seumur hidupku..hahaha ok itu mungkin terlebih sudaaa, tp tomyamnya memang sangat sedap tahap A+++.
Menu kami. Tomyam yang sangat sedap.


Sami Kitchen - halal dan staffnya boleh cakap Kelantan lagi
Pengembaraan diteruskan lagi ke Lee Garden Plaza dan kawasan sekitarnya. Lee Garden Plaza adalah kompleks membelih belah terkenal di Hat Yai, macam-macam benda ada tapi aku lebih suka beli di gerai tepi jalan, barulah nampak buatan thailand nya kan. Hat Yai adalah bandar terbesar di Selatan Thailand dan ke tiga terbesar di Thailand, percayalah saya!. Terdapat ramai orang Islam di Hat Yai, jadi bab-bab makan dan menjamu selera tidak ada masalah, banyak yang Halal. Janji dengan diri sendiri sahaja nak pilih halal ke tidak ya. Disekitar Lee Garden Plaza terdapat gerai-gerai menjual cenderahati dan makanan. Aku sempat membeli Pulut Mangga dan Pulut Durian yang sangat popular di dalam blog-blog percutian. Memang sedap tapi 160bath baht untuk itu sahaja, 80baht untuk pulut mangga = rm8++ kita. Mahal kan? tapi nak rasa sangat sedapnya bagaimana, bayar sajalah. memang sedap tapi tak ada X factor bak kata orang. Tak berbaloi untuk rm8++. Kami jalan-jalan lagi di kawasan sekitar, beli cenderahati dan sedikit kekacang. Thailand sangat terkenal dengan gajusnya, dan disana juga lebih murah :). Tak banyak yang dibelanjakan memandangkan kami akan ke Phuket esoknya.


Selesai meronda-ronda dan tengok pemandangan dan muka-muka baru, kami bertolak ke pasar terapung hat yai @ lebih dikenali Khlong Hae Floating Market. Konsepnya membeli di tepi sungai, jadi ada risikonya, yang x pandai berenang jatuh dalam sungai, lemas! Khlong Hae Floating Market terletak dekat saja dengan Sami Kitchen dan kalau anda menggunakan pengangkutan awam, mungkin cajnya mahal sikit. Ok sekali lagi untungnya bawa kereta sendiri :). Di pasar ni terdapat dua bahagian, halal dan haram tidak halal. Semestinya kami ke bahagian halal. Banyak jenis makanan yang dijual, makanan Thailand sama saja pada aku tapi disini konsepnya sedikit berbeza, itu saja. Kami tiba sudah agak lewat kerana sesat ( ya itu perkara biasa :)) dan bila sampai peniaga pun dah hampir menaikkan tirai untuk membelah badai sungai menuju ke rumah masing-masing. Sempatlah membeli air dan makan pulut mangga yang dibeli tadi (ingat tak?)

Khlong Hae Floating Market

Usai mengunjungi pasar terapung malam pun makin tua dan badan pun letih longlai, dari pagi memandu tanpa rehat. kami ke hotel dan tidur. Esoknya bertolak ke Phuket selepas sarapan.


25 MAY 2013 - HARI KE 2


Tup-tup esoknya dah tiba. Kami bersarapan dulu di hotel. Nasib kami baik kerana Hansa JB Hat Yai menyediakan makanan halal :). Ingat untuk sesiapa yang ingin ke Hat Yai ya. Kami makan sepuasnya dan bertolak menuju ke Phuket. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam melalui Pattalung - Trang - Krabi - Phang Nga - Phuket. Jalan seperti biasa, 4 lorong kecuali dari Trang ke Krabi yang masih 2 lorong, perjalanan terganggu di antara Trang dan Krabi kerana kerja-kerja melebarkan jalan dilakukan. Mungkin setahun dua lagi siap lah agaknya dan boleh memandu dengan tenang di lebuhraya 4 lorong :). Disini jalannya tidak selurus di kawasan selatan yang merupakan kawasan rata, disini kawasannya beralun dan berbukit, jadi jalannya pun kurang selesa. Kami berhenti seketika di kawasan Krabi untuk mengisi minyak sekali lagi. (kali pertama isi di Hat Yai 1000baht penuh tangki Vios, makku mahalnye minyak kat sini!!!) Perjalanan masih jauh lagi melalui jalan bengkang bengkok dan naik turun sebelum sampai ke Phuket.

dah sampai Krabi


dan Phuket
Bila dah sampai ke Pulau Phuket, ingatkan dah sampaila di destinasi yang dituju. Sabar dulu, lagi 50km ke Pantai Karon tempat penginapan kami yang ditempah awal. Phuket sebenarnya adalah sebuah pulau yang dipisahkan oleh jambatan dengan tanah besar Thailand. Sejarahnya sila wiki sendiri :) http://en.wikipedia.org/wiki/Phuket_Province. Untuk memasuki pulau Phuket terdapat satu check point, hanya lalu dan buka tingkap sahaja dan semuanya beres.

Jalan di phuket senang sahaja tapi seperti biasa kesesatan tetap akan berlaku, haha itulah padahnya tak guna GPS. Kami tiba di Pantai Karon sekitar pukul 1530 dan terus check in di Centara Villas, resort yang terletak betul-betul tepi cerunan pantai Karon. Resort yang tak ramai orang dan agak senyap. Di kolam renang pun tiada suara girang kanak-kanak mandi-manda, semuanya senyap seperti di dalam hutan. Owh betullah sekarang kan bulan 5, low season kata orang. Tapi okelah sebab semuanya murah dan nasib kami baik juga kerana berpeluang ke Phi Phi Island walaupun laut sedang bergelora.

Centara Villas


cerunan menghadap pantai Karon


villa kami untuk dua malam

Dah panjang sangat dah rasanya untuk kali ni, kita jumpa lagi di bahagian 2... :)








Comments

  1. Insurans Kereta Ke Thailand

    Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.

    1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
    2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
    3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
    4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.

    Layari Link di bawah
    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  2. maaf nk tanya
    perlu ke bawa geran asal? atau photocopy sudah memadai?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Kuantan & Cherating