#Kuantan & Cherating
KUANTAN 28 JUNE 2013
CHERATING 29 JUNE 2013
Hujung minggu pada akhir bulan 6 yang lalu sepatutnya aku menghadiri jemputan kahwin kawan kepada seorang kawanku. Tetapi perubahan disaat akhir sentiasa terjadi didalam hidup, kawanku terpaksa menghadiri seminar di Cherating sambil ke Kuantan untuk menghantar barang adiknya yang sedang belajar disana.
Jadi inilah masanya untuk aku berjalan-jalan sekali. Kami bertolak pagi Jumaat 28 Jun dan tiba di Kuantan pada pukul 1400. Kebiasaannya kami akan melalui jalan pantai Pasir Puteh - Penarik - Permaisuri - Kuala Terengganu - Marang - Dungun - Paka - Kerteh - Kemasik - Kijal - Cukai - Balok - Kuantan. Lupakan jalan itu sebabnya dari Kuala Terengganu sudah ada lebuhraya 4 lorong terus ke Kuantan. Lebuhraya Pantai Timur tersebut bermula di Kuala Terengganu dan berakhir di Bukit Besi sejauh lebih kurang 100km sahaja, tetapi sangat menjimatkan masa. Laluan dari Bukit Besi ke Kuantan masih lagi belum dibuka dan perjalanan dari Kuala Terengganu dan Kuantan akan menjadi lebih singkat pada masa akan datang :)
Tiba di Kuantan kami terus check in di The Zenith Hotel Kuantan, hotel baru yang aku sebenarnya tak tahu kewujudannya pun. Hotel ini berada betul-betul sebelah Sultan Ahmad Shah Convention Centre dan East Coast Mall. Proses check in agak pantas, dan terus menuju ke bilik di tingkat 23!. Pemandangan dari bilik sangat lawa menghadap sebahagian bandar Kuantan. Kami berehat sekejap sebelum keluar berjumpa adik kawanku serta makan dan membeli belah.
Aku membuat tempahan hotel ini melalui booking.com, ini pertama kali aku menggunakan booking.com dan agak bagus juga sebab tiada bayaran yang dikenakan dan hanya diambil semasa proses check in dilakukan. Esoknya pagi-pagi lagi aku terus berenang kerana mengejar masa pukul 1300 di Cherating.
Sarapan pagi itu di Zenith biasa sahaja. Sebagai taraf 5 bintang, aku mengharapkan servis yang lebih baik. Meja makan penuh dan tidak dikemaskan dengan segera, makanan hampir-hampir habis, beratur yang panjang untuk telur goreng. Kami duduk sahaja di meja yang ada, tanpa napkin dan kutleri (mungkin staffnya terlalu sibuk), makanan yang disediakan baik sahaja seperti hotel-hotel yang pernah ku inap sebelum ini.
Selesai makan kami terus check out menuju ke Cherating. Habislah episod di Kuantan yang padaku agak kurang menarik (tapi lagi hebat dari Kota Bharu). Kami meluncur laju menuju ke Cherating berpandukan GPS Wave didalam telefon ku (waze diperkenalkan oleh seorang rakan kepadaku, dan ianya sangat membantu). Lebih kurang sejam kami tiba di tempat dituju iaitu Impiana Resort Cherating. Kami tidak check in disini kerana seminar hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Sementara menunggu kawanku habis seminar, aku berjalan-jalan melihat keadaan hotel dan pantai.
Impiana Resort Cherating sangatlah cantik pada pandanganku. Bangunannya mungkin agak usang tetapi usang menambahkan lagi gaya klasik dan kampungnya. Paling aku suka pasal Impiana Resort Cherating ialah senibinanya, tiang tinggi seperti rumah-rumah kampung di tepi pantai, sangat cantik dan menghadap pantai, boleh berehat-rehat di bawah rumah sambil menikmati tiupan bayu pantai. Asyik!!!
Pantai Cherating sangat cantik dengan pasir putih kuning memberi mood yang santai. Cuma satu sahaja perkara yang kurang seronok di pantai ini adalah obor-obor @ jellyfish. Tapi tidak perlu khuatir kerana ada bendera yang memberi peringatan kepada pengunjung tentang kehadiran obor-obor ini. Bendera hijau bila selamat dan bendera merah bila obor-obor menghampiri pantai. Selebihnya kita nikmati sahaja pemandangan...

![]() |
Check-in Zenith Hotel Kuantan |
![]() |
Bilik di aras 23 |
![]() |
Katil yang empuk dan selesa. |
![]() |
Pemandangan dari bilik level 23. |
![]() |
Pemandangan dari bilik pada waktu malam, cantik! |
![]() |
Kolam renang infiniti yang hebat |
![]() |
Pemandangan dari kolam infiniti, hotel ini bersebelahan saja dengan East Coast Mall. |
Aku membuat tempahan hotel ini melalui booking.com, ini pertama kali aku menggunakan booking.com dan agak bagus juga sebab tiada bayaran yang dikenakan dan hanya diambil semasa proses check in dilakukan. Esoknya pagi-pagi lagi aku terus berenang kerana mengejar masa pukul 1300 di Cherating.
Sarapan pagi itu di Zenith biasa sahaja. Sebagai taraf 5 bintang, aku mengharapkan servis yang lebih baik. Meja makan penuh dan tidak dikemaskan dengan segera, makanan hampir-hampir habis, beratur yang panjang untuk telur goreng. Kami duduk sahaja di meja yang ada, tanpa napkin dan kutleri (mungkin staffnya terlalu sibuk), makanan yang disediakan baik sahaja seperti hotel-hotel yang pernah ku inap sebelum ini.
Selesai makan kami terus check out menuju ke Cherating. Habislah episod di Kuantan yang padaku agak kurang menarik (tapi lagi hebat dari Kota Bharu). Kami meluncur laju menuju ke Cherating berpandukan GPS Wave didalam telefon ku (waze diperkenalkan oleh seorang rakan kepadaku, dan ianya sangat membantu). Lebih kurang sejam kami tiba di tempat dituju iaitu Impiana Resort Cherating. Kami tidak check in disini kerana seminar hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Sementara menunggu kawanku habis seminar, aku berjalan-jalan melihat keadaan hotel dan pantai.
Impiana Resort Cherating sangatlah cantik pada pandanganku. Bangunannya mungkin agak usang tetapi usang menambahkan lagi gaya klasik dan kampungnya. Paling aku suka pasal Impiana Resort Cherating ialah senibinanya, tiang tinggi seperti rumah-rumah kampung di tepi pantai, sangat cantik dan menghadap pantai, boleh berehat-rehat di bawah rumah sambil menikmati tiupan bayu pantai. Asyik!!!
Pantai Cherating sangat cantik dengan pasir putih kuning memberi mood yang santai. Cuma satu sahaja perkara yang kurang seronok di pantai ini adalah obor-obor @ jellyfish. Tapi tidak perlu khuatir kerana ada bendera yang memberi peringatan kepada pengunjung tentang kehadiran obor-obor ini. Bendera hijau bila selamat dan bendera merah bila obor-obor menghampiri pantai. Selebihnya kita nikmati sahaja pemandangan...
![]() |
Impiana Resort Cherating |
![]() |
Lobi Impiana Resort Cherating - Konsep terbuka dan berangin |
![]() |
Lobi |
![]() |
Kolam ikan di lobi hotel, sangatlah asyik menikmati tipuan angin pantai sambil ditemani bunga teratai |
![]() |
Laluan ke bilik dan ke pantai, nampak mozek yang sudah haus menambahkan lagi gaya klasik hotel ini. |
![]() |
Pandangan pantai dari laluan pejalan kaki |
![]() |
Pantai |
![]() |
Hati-hati dengan obor-obor, perhatikan bendera hijau atau merah untuk keselamatan. |
![]() |
Pandangan hadapan bilik, semua bilik disini menghadap pantai, sangat menarik! |
![]() |
Pantai Cherating, secantik pantai-pantai yang pernah ku kunjungi. |
![]() |
![]() |
Bangunan resort dengan gaya tradisional, bercirikan rumah di kawasan pantai yang bertiang tinggi. |
![]() |
Pantai Cherating |
![]() |
Resort berada betu-betul tepi pantai. |
Comments
Post a Comment