#Phuket Part 2 - Karon Beach


Masih lagi hari ke-2 di Phuket. Selepas masuk bilik dan rehat bagi hilang penat memandu. Macam biasa aktiviti ku bila check in, berenang... Centara Villas ada 2 kolam renang iaitu atas dan bawah, kolam yang berada betul2 tepi cerunan batu yang menghadap pantai memberi panorama yang super indah pada pandangan, cakap banyak pun bukan korang semua nampak kan, jom kita layan gambar.

Kolam renang dengan air terjun, kolam lebih kecil ada di bahagian atas

Centara Villas sebenarnya dibina di tepi cerunan batu dan tiada pantai, pantai terdekat adalah Karon yang mengambil masa 5 minit je menuruni cerun. Sangatlah berbaloi menuruni cerun!

Kolam lebih besar di bahagian bawah

Pemandangan dari kolam renang, terus menghadap laut Andaman yang luas. 
Dah habis berenang kami ke pantai pula, menuruni cerun ke pantai Karon. Pantai Karon sangat panjang sekitar 3km, tapi kami hanya jalan2 sekitar saja, nak berenang pun tak boleh, ombak kuat kerana musim monsun.


laluan menuju Pantai Karon

Pantai Karon

Centara Grand Beach Resort di hadapan Pantai Karon, resort ini adalah adik-beradik Centara Villas cuma lebih mahal 5*

Habis basah mandi kolam dan pantai, kami bersiap-siap cari makan pulak. Sebenarnya kami tak lapar sangat sebab selepas check in tadi, baru saja mentangkedarah makan Mee Instant! (Kata dian sastro) heheh. Jadi misi kami malam tu ialah mencari kedai makanan halal yang sangat terkenal di kalangan pengunjung Islam. Kedai tu ialah Kusuma Seafood. Nak tau kisahnya? layan gambar dulu....


Kusuma Seafood yang sangat terkenal

Menu kami, maafkan saya sebab makanannya tak sesedap khabarnya. dan harganya agak mahal. :)

Sebenarnya pada malam tu kami tak jumpa pun Kusuma Seafood, jeng jeng jeng... Beberapa kali pusing Bandar Patong tetapi gagal menjumpai Kusuma Seafood. Akhirnya kami singgah sahaja di Saveena Halal Food, makanannya sedap juga dan harganya masuk akal lah, kami makan sahaja apa yang dipesan. Saveena Halal Food terletak betul-betul dihadapan Masjid Nurul Islamiyyah Patong, di Jalan Baramee. Restoran ini berada di jalan masuk utama Bandar Patong, memang mudah untuk nampak dalam perjalanan memasuki Bandar Patong. 

Selesai menjamu selera, destinasi kami seterusnya adalah Bandar Patong, disebabkan aku memandu, jadi tempat parking yang paling sesuai adalah didalam kompleks membeli belah. Kami parking kereta di Jungceylon Shopping Mall. Jika anda berkereta di Phuket, dan hotel anda jauh dari Bandar Patong, elok parking di Jungceylon sebab ianya dibuka 24 jam!. Dan anda boleh berjalan ke tempat-tempat menarik dan menolak di Patong seperti Bangla Road dan Pantai Patong sendiri pun tidak jauh dari Jungceylon.  















Comments

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating