Sampai di hotel selepas seharian menjelajah pulau sangatlah meletihkan. Petang tersebut kami hanya menghabiskan masa berehat di bilik resort saja. Selain itu boleh juga merayau-rayau di sekitar resort kami yang indah itu. Centara Villas merupakan resort yang dibina di cerunan berbatu yang menghadap pantai. Jarak antara dewan makan dan resort kami dekat sahaja tetapi melalui jalan yang bertangga. Jadi untuk tetamu yang lebih tua dan had berjalan yang terbatas, resort ini bukanlah pilihan yang utama. Malah kami sendiri pun letih naik turun tangga untuk ke pantai dan kolam renang yang berada jauh dibawah cerun. Tetapi buggy car ada disediakan, telefon sahaja dan secepat mungkin akan tiba mengambil anda.
 |
Centara mempunyai beberapa hotel di Phuket dan Centara Villas @ Karon beach salah satu darinya. |
 |
Laluan untuk ke lobby, berbukit dan bertangga. |
 |
Lagi tangga untuk ke villa kami |
 |
Dan lagi tangga, tapi tak perlu risau sebab buggy car ada disediakan, hanya telefon dan mereka akan datang secepat mungkin. |
 |
Makan pagi di cerunan menghadap laut Andaman, tengok pemandangan pun dah kenyang! |
 |
Pantai berbatu di sekitar Centara Villa |
Malam tersebut kami berehat-rehat sahaja di lobby hotel untuk mendapatkan perkhidmatan wifi.
Bersambung ke Bahagian 5
BetMGM Casino Promo Code & Review - Dr.MCD
ReplyDeleteHow do I get 부산광역 출장마사지 to BetMGM Casino? The 정읍 출장안마 BetMGM welcome bonus is a risk-free 구미 출장안마 bet up to $1000. 포천 출장마사지 You may choose to play at BetMGM's games or a select Rating: 2.9 · Review 밀양 출장안마 by Dr.