#Phuket Part 5 - Patong Beach, Kusuma Seafood

Hari ini 28 May 2013 tidak ada apa aktiviti sangat yang dilakukan sebanya kami akan check out Centara Villas dan check in di Holiday Inn Express Phuket Patong Beach Central. Selesai check out pada sekitar jam 0800 kami terus menuju ke Phuket Premium Outlet sambil melengahkan masa untuk check in di Holiday Inn Express Phuket Patong Beach Central pada pukul 1400.

Phuket Premium Outlet terletak di pertengahan jalan menuju ke Patong beach, anda akan nampak di sebelah kiri perjalanan ke Patong beach. Tiada jenama sehebat LV, Prada dan Gucci yang dijual, hanya jenama seperti Polo dan Esprit dan seumpamanya sahaja, sesuailah dengan aku yang tak mampu nak beli LV pun hehe.







Selepas itu kami singgah di kedai menjual t-shirt borong yang berdekatan dengan Phuket Premium Outlet sahaja. Aku beli beberapa helai baju sahaja kerana t-shirt yang dijual adalah untuk pasaran pertengahan dengan kualiti yang agak tinggi, jadi harganya pun bukanlah murah.

Selesai membeli beberapa helai baju kami terus ke Patong untuk check in. Sepatutnya kami tinggal di Centara Villas untuk 3 malam tetapi aku ingin merasa hotel yang berlainan, jadi terpaksalah bersusah sedikit.
Holiday Inn Express Phuket Patong Beach Central adalah hotel bertaraf 3 bintang sahaja dan harganya lebih murah berbanding Centara Villas (4 bintang). Apa yang aku suka pasal Holiday Inn Express Phuket adalah ianya di bandar Patong dan boleh berjalan kaki sahaja mengelilingi bandar patong :).


Check in Holiday Inn Express Phuket

Bilik  Holiday Inn Express Phuket


 Holiday Inn Express Phuket

Selesai check in, kami berehat-rehat sekejap dan makan bekal yang dibawa. Selain berehat dan berenang, kami sempat juga berjalan-jalan di sekitar bandar dan pantai Patong. Selepas itu kami terus ke Karon View Point, walaupun cuaca mendung tetapi pemandangan sekitar pantai Kata dan Karon sangat cantik. Walaupun dipanggil Karon View Point tetapi ia sebenarnya terletak di Kata Beach. Pejalanan mengambil masa 30minit dari hotel kami di Patong. Kami pulang setelah hari semakin gelap dan bersedia untuk menjamu selera.


Karon View Point
Pemandangan dari Karon View Point, cuaca mendung tetapi masih lagi cantik.

Pada sebelah malamnya, kami makan di kusuma restoran, sebenarnya kusuma restoran dekat sangat dengan  Holiday Inn Express Phuket Patong Beach Central, keluar ke kanan dari hotel, melintasi The Nap Patong, Aspery Hotel, Andaman Embrace Resort, terus hingga ke simpang 3, belok ke kiri dan disitulah kusuma restoran, senang saja kan.

Selesai makan kami berjalan-jalan di sekitar bandar Patong, terdapat satu kedai yang murah untuk membeli cenderahati iaitu berdekatan Hotel Novotel Phuket Vintage Park Resort. Kedainya kecil sahaja tetapi harganya sangat murah.

Kami juga tidak ketinggalan berjalan-jalan di sekitar Bangla Road yang merupakan pusat tumpuan pelancong di Patong. Bangla Road sangat terkenal dengan pub dan disko nya.

Keadaan di Bangla Road pada setiap malam

Kami juga tak melepaskan peluang ke Jungceylon Shopping Mall, jaraknya dengan hanya berjalan kaki dari hotel kami, inilah mudahnya kalau pilih hotel di tengah-tengah bandar, tetapi harganya akan tinggi sedikit jika waktu puncak. Terdapat satu kedai makan halal di bawah Jungceylon Mall, tapi malangnya tak sempat mencuba kerana kekenyangan.

Jungceylon Shopping Mall

Jungceylon Shopping Mall

Kreatifnya warga Thai memperagakan warisan budaya thai, dapat duit lagi tu. Di Jungceylon Shopping Mall

Pancutan air berirama di Jungceylon Shopping Mall
Selesai sudah hari ini dan besoknya merupakan hari terakhir kami disini, sedih untuk meninggalkan Phuket, dan mengharungi 9++ jam perjalanan terus ke Sungai Golok. Semoga berpeluang lagi melawat Phuket, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat kami lawati di phuket seperti Fantasea, Phuket Aquarium, Menunggang Gajah, James Bond Island tapi apakan daya itu sahaja masa yang ada.

Esoknya selepas bersarapan ringkas di hotel, kami terus meluncur pulang ke Malaysia, singgah makan tengahari sekali lagi di Sami Kitchen Hat Yai sebelum ke Sungai Golok. Kami tiba di Sungai Golok kira-kira jam 2100 dan bersyukur kerana tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang percutian kami disana. Tidak ada perasaan yang dapat digambarkan apabila melangkah masuk semula ke Malaysia, tiada lagi perasaan takut dan curiga seperti berada di Thailand.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating