#Melbourne Part 1 - Melbourne City

Percutian ke Down Under 2015 - Melbourne

Hai, sangat lama rasanya tidak mengemaskini blog ni, tiada bahan sebenarnya selain sibuk dengan aktiviti seharian, bertukar tempat kerja dan terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur buat kali ke dua dan bermacam perkara yang datang samada diundang atau pun tidak.

Cukuplah bab itu, jom terus masuk ke bab ke dua dan seterusnya iaitu trip aku ke down under iaitu Australia atau destinasinya Melbourne. langkah pertama trip ini terjadi sekitar bulan July 2014 dimana seorang kawan menghantar whattaps pada ku akan iklan promosi tiket MAS di akhbar. Harganya agak menarik hati dan munasabah, jadi kami pun tertempahlah tiket tersebut haha.

Bila dah tempah tiket, nak tak nak kena la pergi juga kan. Maka mulalah aku sibuk mencari maklumat tentang Melbourne melalui pembacaan. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk ke Melbourne, tp siapa sangka, masa itu datangnya lebih awal daripada yang aku jangkakan. Nak dipendekkan cerita, mari kita lihat kronologinya.

(July 2014) Tempah tiket --- Perbaharui passport (penting untuk dapatkan VISA) --- Pohon VISA --- Tempah hotel ( sewa Malaysia Hall kena tempah lebih awal ) --- Tempah Pakej (Great Ocean Road adalah wajib) --- Tukar duit --- Terbang (Feb 2015)

Berikut adalah perkara wajib dibawa :-

1- Passport
2- Visa
3- Duit AUD
4- Adapter dan extension (sgt penting jika anda membawa laptop, kamera, 2 telefon...)
5- Kredit kad (untuk bayar deposit hotel - hotel disana tak terima cash)

itu jela, yang lain kalau tertinggal pun korang masih boleh bercuti dgn aman, hehe

Oke gelap cerah gelap cerah maka tibalah masanya yang ditunggu-tunggu...

Hari Berangkat 18 Feb 2015 - Malam raya CNY ni...

Harini sepatutnya aku masih bekerja tetapi perasaan nak bercuti dah membuak-buak, ku relakan diri untuk cuti separuh hari, haha. Selesai mengemas aku dan seorang kawan terus bergegas ke Putrajaya Sentral, aku park kereta disitu dan ambil ERL ke KLIA, flight kami ialah pada pukul 2345. Kami sampai awal di KLIA dan berlegar2 sekitar KLIA sebelum ke balai pelepasan. Terdetik juga dihati kalau-kalau ditahan imigresen sebab tak bayar hutang (korg mesti dpt teka hutang apa haha) tapi alhamdulillah lepas je sebab aku pembayar hutang yang tegar haha.


Flight kami rupanya share code dengan Sri Lankan Airlines ke Tullamarine dan tak asing lagi ramai lah geng-geng konsi gelap dalam flight kami tu. Flight kami berlepas tepat pada masanya dan perjalanan agak lancar sepanjang 8+ jam merentas Indonesia, Laut Hindi dan daratan Australia itu sendiri. Australia sangat lah luas, hamir 5 jam penerbangan hanya merentasi daratan Australia menuju ke Melbourne yang terletak paling Selatan. Sepanjang perjalanan kami diberi makan 2 kali dengan 2 pilihan menu (boleh la janji free). Kami selamat mendarat di Tullamarine Airport +- 1000 19 Feb 2015. Masa di Melbourne ialah awal 3 jam dari Kuala Lumpur.

Hari Pertama 19 Feb 2015

Dari dalam pesawat sudah nampak bentuk muka bumi Australia, semuanya nampak kekuningan seperti padang pasir, tak ubah seperti negara Arab melainkan terdapat sedikit pokok-pokok menghijau. Suhu semasa kami tiba +- 20 Celcius. Kami ingatkan Australia sama seperti Winter di Eropah, rupanya panas di pagi hari, di Australia adalah summer (Winter bulan Jun / July) hehe itulah masa beli tiket tak ambil tau musim apa. Masa untuk melepasi kastam dan imigresen Australia tidak lama seperti yang dibualkan di laman blog. Dengan sedikit soal siasat kami dilepaskan dan sebab tidak membawa makanan (aku hanya bawa ikan kering dan asam keping pesanan oleh kawan yang menetap disana). Kami terus ke laluan ekspress dan dapatlah keluar dari airport dengan jayanya. Masa itulah datangnya perasaan lega yang teramat sangat disamping keterujaan ni dah menapak di bumi Australia...


Rumah Kawanku Di Footscray
Kami dijemput oleh kawanku yang belajar disana dan dibawa terus ke rumahnya di Footscray pinggir bandar Melbourne. Selepas menjamu selera kami terus ke hotel untuk check in. Hotel yang aku tempah ialah Hotel Sophia di Kings Street ( 2 malam), Hotel Citiclub di Queens Street (1 malam) dan Fraser Place di Bourke Street ( 2 malam). Proses check in sangat mudah, akan tetapi hotel disana perlukan kredit kad untuk deposit ( tunai tidak diterima ya). Tulis panjang-panjang pun tak guna kan, silalah menjamu mata gambar-gambar sekitar bandaraya Melbourne ini.


Penduduk tempatan menaiki basikal ke tempat kerja

Victoria State Library

Basikal dimana-mana sahaja kelihatan

Tram - Naik dan turun mcm tu je, sangat praktikal dan menjimatkan masa




Sewa basikal pun boleh - tapi topi keledar wajib di pakai

Flinders Street Station - tram dan keretapi berhenti disini

Visitor Centre

Visitor Centre Bersebelahan Flinders Street Station, di belakangnya adalah Federation Square

Usai check in dan membersihkan diri (jangan harap la pergi bercuti nak tidur siang kan) dan terus keluar berjalan2 walaupun masih lagi jetlag dan kaki ku seakan membengkak sebab duduk lama sangat dikerusi. Kami berjalan2 sekitar Bandaraya Melbourne. Untuk pelancong dikhaskan tram percuma no 35. Kami menaiki tram tersebut untuk melihat sekitar bandar Melbourne. Bandar Melbourne sangat lah tersusun dan terancang. Bangunannya terdiri daripada lama dan baru begitu juga senibinanya, anda boleh lihat disebelah kiri bangunan moden dengan facade berkaca dan sebelah kanan pula bangunan lama bercirikan Inggeris. Oh sungguh indahnya Melbourne. Kami singgah sebentar di Flinders Station (Tempat pertukaran tram dan train sama seperti KL Sentral tetapi masih mengekalkan bangunan lama).

Hotel Sophia

Hotel Sophia

Hotel Sophia double room shared bathroom
Selepas itu kami berjalan pula melalui jalan2 yang dikongsi bersama oleh pejalan kaki, basikal, kereta dan motosikal dan juga tram sendiri. Semuanya sebati bersama dan berkongsi tetapi tidak pula menampakkan kekecelaruan. Semuanya berjalan seperti dirancang dengan sempurna. Itulah Melbourne, tiada bunyi bising dan semuanya seakan dirancang dengan penuh teliti. Selesai berjalan-jalan kami singgah di 7E untuk membeli simkad kerana lebih jimat berbanding roaming (aku juga mengaktifkan roaming untuk kecemasan). Simkad Vodafone berharga Aud 2 dengan Topup Aud 10 sangat la berbaloi untuk telefon ke Malaysia sekali sehari  untuk 6 hari. Sampakain aku terpaksa bergayut semasa di airport melbourne semata-mata untuk habiskan kredit. Yela kalau tak mesti rasa rugi. Ingat 1 Aud = Rm 2.83 tau.

Tram Percuma No 35 Mengelilingi CBD

Bahagian dalam tram yang usang

Free Tram ini agak perlahan dan berhenti lama di stesen terpilih - nama dah free kan


Malam tersebut kami hanya makan subway (tuna sahaja yang halal) disebabkan tak jumpa kedai makanan halal. Ada satu kedai halal yang kami jumpa semasa berjalan pulang ke hotel, tetapi sudah tutup. Kedai di sana tutup sekitar jam 7 petang ( ya memang awal) selain restoran lebih lewat sekitar jam 9. Di melbourne terdapat banyak juga kedai halal seperti kedai kebab pak Arab, Nandos (merata2 di melbourne), Nelayan, Papa Rich dan banyak lagi kedai India dan Indonesia yang halal. Cuma harganya sama sahaja +- Aud 10 untuk setiap hidangan ( sila jangan convert haha).

Malam itu kami tidur nyenyak disebabkan keletihan berjalan dan penerbangan (aku memang tak boleh tidur sepanjan 8 jam penerbangan). Esoknya kami kena bangun awal sebab nak mejelajah Great Ocean Road dan sekitarnya...

Bersambung Di Hari Kedua...






Comments

  1. salam, saya nak tanyalah kalau nak buat visa mcm mn ya n kat mana, boleh tak bagi taw caranya...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh apply online. Mahu bercuti ke Melbourne ? Boleh PM kami di FB Percutian Bajet ke Melbourne 😊

      Delete
  2. Nurul Fathen : boleh emailkan pada saya pakejnya? khairebutia@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam nk tanye ye kawan awk di melbourne tu masih menetap di sana lagi?

    ReplyDelete
  4. Boleh share juga utk buat visa.. saya ada conference disember 2015 ni. Tolong..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya kalau saya pergi pada 23 hingga 27 may adakah salji dah turun dinmount buller dan berapa jam ye dari melben nak sampai ke miunt buller

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating