#Melbourne Part 2 - Great Ocean Road

Hari Ke Dua 20 Feb 2015

Hari ke dua di Melbourne, bangun awal dan bersiap untuk trip Great Ocean Road, pakej ni aku dapatkan di www.melbourneaustraliatours.com.au dengan harga AUD85 seorang. Bertolak dari hotel pukul 7000 dan kembali ke hotel lebih kurang 2100. Perjalanan beratus km yang mengambil masa sehari suntuk. Sangat meletihkan tetapi berbaloi dapat menikmati pemandangan indah sepanjang Great Ocean Road. Jujur ku katakan tak berbaloi untuk AUD 85 dengan hanya singgah beberapa minit sahaja. Tapi itulah pilihan terbaik yang kami ada, andai berpeluang sekali lagi ke sana, akan aku pandu kereta sewa dan bermalam di salah satu pekan yang terdapat disana samada Apollo Bay atau Lorne.

Pakej ini termasuk sekali dengan makan tengahari di restoran Iluka di pekan Apollo Bay. Disini makanannya halal tetapi aku hanya makan fish n chips sahaja. Ikannya sangat segar (sedikit hanyir pun ada) tapi ku habiskan jua sebab lapar. Usai makan kami terus bertolak ke Otway’s Rainforest (Mait’s Rest) disini terdapat pokok-pokok yang berusia ratusan tahun yang sungguh besar. Kawasan ini merupakan kawasan yang mendapat hujan palig banyak di Victoria dan hutannya adalah sedikit padat berbanding kawasan lain. Selesai menuruni denai kami kembali semula ke bas dan meneruskan perjalanan ke 12 Apostles ( tumpuan utama Great Ocean Road).

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam stgh melalui kawasan berbukit, luas mata memandang dengan padang rumput, sesekali terlihat lembu, biri-biri dan juga kuda. Rumahnya juga jauh antara satu sama lain sama seperti drama Inggeris yang kita tonton di TV. Aku terlelap sekejap akibat terik matahari walaupun bahang tidak terasa.

Dan tibalah masa dan tempat yang ditunggu-tunggu, kami tiba di 12 Apostles...masyallah, indahnya ciptaan Tuhan. Pemandangan pantai dengan cerun yang terhakis oleh ombak dan angin mengukir seribu satu keindahan yang luar biasa. Ditambah pula dengan tiupan angin sejuk Antartika, mengkagumkan!

Tak dapar nak gambarkan dengan kata-kata. Anda tengok lah sendiri gambarnya...

Di Great Ocean Road kami singgah di beberapa tempat utama seperti 12 Apostles, London Bridge dan beberapa tempat lagi. Selain daripada 2 kawasan tersebut, pemandangannya sama sahaja dan membuatkan kami sedikit bosan. Perjalan pulang diteruskan melalui Colac, kawasan pedalaman pertanian yang beralun. Dikiri dan kanan kelihatan ladang rumput seluas mata memandang, sesekali melalui ladang anggur juga. Kami singgah di pekan Colac untuk berehat dan makan, di pekan Colac dimana tempat kami berhenti hanya terdapat KFC, McD dan beberapa restoran tidak halal. Kami buat keputusan untuk tidak makan sehingga sampai ke City, ada juga yang makan McD (tapi setahu aku McD di sana tidak halal).

Agak lama juga untuk kembali ke City, setibanya di City kami terus mencari kedai makan, rakan tour kami hendak ke Restoran Nelayan, jadi kami ikut sahaja mereka, setibanya di restoran tersebut kami hampa sebab sudah ditutup. Kami berlegar2 untuk mencari kedai Es Tellar, tp kedai itu pun sudah lingkup. Selepas itu rakan tour kami mohon undur diri, jadi hanya kami berdua dan aku buat keputusan untuk makan di Nandos sahaja. Rakan kami di Melbourne memberitahu Nandos adalah halam. Kami memesan ayam bakar dengan nasi. Puas juga malam tu dapat makan dengan kenyang hehe.

Usai makan kami bersiar2 sekitar city, tiada apa yang dapat dibuat melainkan berjalan kaki melihat panorama disebabkan kedai tutup jam 1900 (sangat awal). Selepas itu kami pulang semula ke hotel, mandi dan tidur. Esoknya kami akan ke Queen Victoria Market (QVM) pula.



Sedang menunggu bas di hadapan hotel

Bas untuk ke GOR

Salah satu kawasan yang dilalui sepanjang perjalanan ke GOR

Singgah sebentar untuk makan pagi di Anglesea sebelum meneruskan perjalanan ke GOR 


Add caption

Lorne

Lorne

Add caption

Bas kami naiki ke GOR

Fish n Chips di Iluka Restoran

Twelve Apostles

Twelve Apostle yang tinggal tak sampai 12 pun. Kalau anda pergi tahun depan mungkin dah runtuh haha. Baik pergi cepat sebelum terlambat

12 Apostles









London Bridge - tapi dah runtuh. Dikhabarkan semasa ianya runtuh, beberapa rakyat jepun terperangkap ditengah pulau tersebut dan mereka diselamatkan menggunakan helikopter.

London Bridge


Comments

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating