#Melbourne Part 4 - DFO South Wharf, Esplanade, Shrine Of Remembrance, St. Kilda, Union Lane
Hari Ke Empat 22 Feb 2015
Hari keempat di bumi Melbourne. Harini kami check out di Hotel Citiclub dan Check In di Fraser Place Melbourne, jarak dari Citiclub ke Fraser Place agak jauh dan kami terpaksa menaiki tram. Fraser Place terletak di La Trobe Street (Exploration Lane), berdekatan dengan Victoria State Library dan Royal Exhibition Hall. Fraser Place Hotel yang paling mahal dalam trip kami ke Melbourne, terdapat free wifi dan katil yang selesa.
Pagi tersebut kami keluar sedikit awal, tujuan utama adalah untuk ke Shrine of Remembrance. Dalam perjalanan daripada hotel ke flinders street station, kami ternampak union lane yang sangat terkenal dengan graffiti (mural di dinding bangunan). Orang Melbourne ni memang terkenal dengan sikap conteng-menconteng mereka kot haha, tapi memang lawa sangat apa yang diconteng di dinding-dinding bangunan tersebut. Union Lane ni terletak betul-betul berhadapan dengan pusat beli belah Myer. Jadi tumpukan perhatian anda bila berada berhadapan Myer.
Selepas bergambar kami terus ke Shrine Of Remembrance. Macam tugu peringatan pahlawan mereka yang terkorban. Jaraknya tidak jauh dari Flinders Street Station, dengan berjalan kaki pun boleh sampai tapi kami menaiki tram, sebab selepas itu kami terus ke St Kilda Beach, jauh keatas sedikit selepas Shrine Of Remembrance.
Tiada apa yang istimewa tentang Shrine Of Remembrance kecuali bangunan batu yang gah dan pemandangan kota Melbourne yang cantik. Disebabkan harini adalah Ahad, jadi bangunan tersebut tidak dibuka, kalau tidak boleh masuk dan lihat pemandangan dari atas bangunan yang semestinya lebih cantik.
Usai klik beberapa gambar kami terus menaiki tram ke St Kilda Beach, salah satu 'signature' dekat Melbourne ni lah. Perjalanan lebih kurang 10mins menaiki tram, sesekali datang pakcik dan makcik berpakaian biasa (undercover) untuk memeriksa tiket kami, awas anda jangan buat hal tak beli tiket, sebab dendanya agak lumayan, jika bayar terus 75aud dan kalau dibicarakan 210aud, pilihlah anda nak beli tiket 6aud atau yang mana.
Kami sampai di St Kilda, berhenti di stesen Esplanade dimana terdapat orang tempatan yang menjual kraftangan. Semuanya buatan tangan dan asli, tidak sah la kalau harganya mahal sedikit kan. Kawanku membeli sabun buku handmade yang wangi sekali. Selesai berjalan di Esplanade kami singgah di Luna Park, hanya untuk beberapa keping gambar (tidak masuk pun sebab nampak macam taman tema kanak-kanak saja).
Kami berpatah balik untuk ke St Kilda Beach, memandangkan sekarang adalah musim panas, maka disinilah orang kata 'skin conference' diadakan. Hmmm boleh tahan jugak la terang biji mata sebelum singgah di kafe untuk nak makan pagi. Sepanjang disini kami tidak mengambil sarapan di hotel selain mahal dan tidak halal. Aku seperti hari2 sebelumnya memesan air latte dan muffin. Lattenya sangat asli dan muffinnye sangat lembut, siap merekah2 lagi di bahagian atas.
Pulang dari St Kilda Beach kami terus check in di Fraser Place Melbourne. Fraser place adalah hotel 4 bintang yang agak murah padaku, selain biliknya besar dan katil yang empuk serta bilik air yang cantik dan luas. Selepas check in kami terus keluar menuju ke DFO (Direct factory outlet) di Shouth Wharf. DFO ini terletak berdekatan Hotel Hilton di South Wharf. Untuk kesana boleh menaiki tram atau pun berjalan kaki sahaja, walaupun sedikit jauh, tetapi pemandangan sepanjang perjalanan pasti buat anda teruja.
Kami tiba sedikit lewat sekitar jam 1700. Berjalan-jalan sekitar DFO, tiada apa yang menarik hatiku sehinggalah aku ternampak butik Guess. Aku cuba melihat-lihat koleksi Guess di sana, aku sememangnya tidak pernah memiliki pakaian Guess kerana agak mahal sehingga sehelai jeans mencecah rm300. Tapi!!!! di butik tersebut ada hugeee diskaun! Sepasang jeans hanyalah Aud 50! maknanya rm 150????? murahnya! dipendekkan cerita aku membeli 2 pasang jeans dan sepasang kasut guess! ok dah, keluar butik dengan senyum lebar.
Alangkah sedihnya waktu itu sudah pukul 1800. Awal lagi kan kalau di Malaysia untuk mall nak menamatkan waktu perniagaan. Tapi tidak disini! Semuanya sudah tutup pukul 1800! Kami keluar daripada mall dengan sedikit kecewa, kenapa tidak, banyak lagi kedai yang belum kami jengah. Tidak mengapa lah, boleh jimat duit sikit.
Kami makan malam sebelum pulang ke hotel. Malam tersebut kami hanya berjalan-jalan sekitar bandar dengan suhu yang semakin turun. Kami pualng ke hotel untuk berehat kerana pagi esoknya kami akan ke Puffing Billy bersama kenalan yang berada di Melbourne.

Fraser Place Melbourne |
The best of Fraser Place anywhere in the world is their kitchen. Walaupun teringin untuk masak, apakan daya masa tiada. |
Katil yang selesa dan bilik air yang luas |
Tengok tu! Graffiti dimana2... |
Pagi tersebut kami keluar sedikit awal, tujuan utama adalah untuk ke Shrine of Remembrance. Dalam perjalanan daripada hotel ke flinders street station, kami ternampak union lane yang sangat terkenal dengan graffiti (mural di dinding bangunan). Orang Melbourne ni memang terkenal dengan sikap conteng-menconteng mereka kot haha, tapi memang lawa sangat apa yang diconteng di dinding-dinding bangunan tersebut. Union Lane ni terletak betul-betul berhadapan dengan pusat beli belah Myer. Jadi tumpukan perhatian anda bila berada berhadapan Myer.
Myer shopping mall. Union lane berada depan tu je. |
A very nice graffiti wall |
art is everywhere! |
till we meet again... |
Selepas bergambar kami terus ke Shrine Of Remembrance. Macam tugu peringatan pahlawan mereka yang terkorban. Jaraknya tidak jauh dari Flinders Street Station, dengan berjalan kaki pun boleh sampai tapi kami menaiki tram, sebab selepas itu kami terus ke St Kilda Beach, jauh keatas sedikit selepas Shrine Of Remembrance.
Tiada apa yang istimewa tentang Shrine Of Remembrance kecuali bangunan batu yang gah dan pemandangan kota Melbourne yang cantik. Disebabkan harini adalah Ahad, jadi bangunan tersebut tidak dibuka, kalau tidak boleh masuk dan lihat pemandangan dari atas bangunan yang semestinya lebih cantik.
Shrine Of Remembrance |
Pemandangan bandar Melbourne dari Shrine of Remembrance - Lawo |
Usai klik beberapa gambar kami terus menaiki tram ke St Kilda Beach, salah satu 'signature' dekat Melbourne ni lah. Perjalanan lebih kurang 10mins menaiki tram, sesekali datang pakcik dan makcik berpakaian biasa (undercover) untuk memeriksa tiket kami, awas anda jangan buat hal tak beli tiket, sebab dendanya agak lumayan, jika bayar terus 75aud dan kalau dibicarakan 210aud, pilihlah anda nak beli tiket 6aud atau yang mana.
Kami sampai di St Kilda, berhenti di stesen Esplanade dimana terdapat orang tempatan yang menjual kraftangan. Semuanya buatan tangan dan asli, tidak sah la kalau harganya mahal sedikit kan. Kawanku membeli sabun buku handmade yang wangi sekali. Selesai berjalan di Esplanade kami singgah di Luna Park, hanya untuk beberapa keping gambar (tidak masuk pun sebab nampak macam taman tema kanak-kanak saja).
Esplanade - Pasar menjual barang-barang handmade - harga mahal |
Esplanade ni terletak betul2 depan Novotel St Kilda - lintas jalan je |
Nak beli mahal sangat - belanja gambar saja la |
Betul-betul lawa tp mahal |
Persembahan jalanan pun ada |
Comelnye |
Luna Park - tengok dari luar sajalah |
Kami berpatah balik untuk ke St Kilda Beach, memandangkan sekarang adalah musim panas, maka disinilah orang kata 'skin conference' diadakan. Hmmm boleh tahan jugak la terang biji mata sebelum singgah di kafe untuk nak makan pagi. Sepanjang disini kami tidak mengambil sarapan di hotel selain mahal dan tidak halal. Aku seperti hari2 sebelumnya memesan air latte dan muffin. Lattenya sangat asli dan muffinnye sangat lembut, siap merekah2 lagi di bahagian atas.
St Kilda beach |
Nampak redup tapi cuacanya sangat panas |
The 1 and only pic with Melburnians! sape suh aku tlg ambik gmbr, kan dah kena balik hahah |
Kalau musim lain boleh la lepak lama-lama mcm ni, tapi ni summer! kau rasa? |
Abg restoran tolong ambil kan gambar, nasib baik kopi dan muffin kat sini sedap, kalau x mesti muka mencuka |
St Kilda sebelum pulang |
Pulang dari St Kilda Beach kami terus check in di Fraser Place Melbourne. Fraser place adalah hotel 4 bintang yang agak murah padaku, selain biliknya besar dan katil yang empuk serta bilik air yang cantik dan luas. Selepas check in kami terus keluar menuju ke DFO (Direct factory outlet) di Shouth Wharf. DFO ini terletak berdekatan Hotel Hilton di South Wharf. Untuk kesana boleh menaiki tram atau pun berjalan kaki sahaja, walaupun sedikit jauh, tetapi pemandangan sepanjang perjalanan pasti buat anda teruja.
Kami tiba sedikit lewat sekitar jam 1700. Berjalan-jalan sekitar DFO, tiada apa yang menarik hatiku sehinggalah aku ternampak butik Guess. Aku cuba melihat-lihat koleksi Guess di sana, aku sememangnya tidak pernah memiliki pakaian Guess kerana agak mahal sehingga sehelai jeans mencecah rm300. Tapi!!!! di butik tersebut ada hugeee diskaun! Sepasang jeans hanyalah Aud 50! maknanya rm 150????? murahnya! dipendekkan cerita aku membeli 2 pasang jeans dan sepasang kasut guess! ok dah, keluar butik dengan senyum lebar.
Alangkah sedihnya waktu itu sudah pukul 1800. Awal lagi kan kalau di Malaysia untuk mall nak menamatkan waktu perniagaan. Tapi tidak disini! Semuanya sudah tutup pukul 1800! Kami keluar daripada mall dengan sedikit kecewa, kenapa tidak, banyak lagi kedai yang belum kami jengah. Tidak mengapa lah, boleh jimat duit sikit.
Kami makan malam sebelum pulang ke hotel. Malam tersebut kami hanya berjalan-jalan sekitar bandar dengan suhu yang semakin turun. Kami pualng ke hotel untuk berehat kerana pagi esoknya kami akan ke Puffing Billy bersama kenalan yang berada di Melbourne.
Comments
Post a Comment