#Melbourne Part 6 - The League Of The Honest Coffee Company
Hari Ke Enam 24 Feb 2015 (Hari Terakhir)
Hari terakhir kami di Melbourne, sob...sob...ngak mau pulang... Hanya perasaan sedih je ada. Kalau bercuti di beberapa negara Asia sebelum ini, hati teruja untuk pulang ke Malaysia, tapi Melbourne memberi seribu dua pengalaman manis dalam masa 5 hari sahaja. Aku suka kopinya, cinta muffinya, sayang udaranya, rindu suasananya, aduh berat hati nak tinggalkan Melbourne. Pendek kata aku dah jatuh hati ni dengan Melbourne!
Cuaca pagi ini lebih dingin dari semalam, inilah Melbourne yang mempunyai cuaca berubah-ubah. Destinasi terkahir kami sebelum pulang adalah Queen Victoria Market untuk belanja kali terakhir (habiskan duit aud kau!). Dengan berseluar pendek aku meredah suhu sejuk pagi. Itulah nasib kalau tak rujuk cuaca sebelum keluar kan. Walaupun sejuk tapi masih lagi boleh tahan.
Kami tiba awal di QVM dan ada beberapa kedai yang sudah dibuka. Berbelanja dengan ekspress dan terus pulang ke hotel. Sampai di hotel masih lagi ada masa menunggu pickup dari Skybus, jadi kami ke kedai sebelah hotel untuk menikmati sarapan pagi. Orang kata yang terkahir tu paling best kan, ya betul kafe tersebut merupakan yang paling best yang aku pernah rasai. Namanya ialah The League of The Honest Coffee Company.

very good info n tq f sharing.14 of us wil be in melb on 06nov15 for 2 days n then fly off to Christchurch n south nz for 8 nites.
ReplyDeleteThats very nice. Is there anyway i can hear your nz story then?
Delete