Hari Ke Tiga 21 Feb 2015
Hari ini agak sejuk sedikit daripada hari sebelumnya. Perancangan kami hari ini adalah ke Queen Victoria Market (QVM) yang terletak di Peel Street. Selepas check out Sophia Hotel kami Check In di Citiclub Hotel. Jarak dari Citiclub ke QVM tak jauh dan boleh berjalan kaki sahaja memandangkan cuaca sedikit sejuk, maka perjalanan menjadi lebih seronok.
Kami bergerak ke QVM sekitar jam 0700. Kononnya buka pukul 0600 tetapi bila kami sampai banyak lagi kedai yang belum dibuka, lantas membuktikan diaorang ni pun malas macam kita jugak haha. Untuk jadual buka dan tutup sila lihat gambar dibawah :-
 |
Waktu Berniaga - Pukul 6 pagi dah buka tuuu... |
 |
QVM...and the king |
 |
Antara kedai di QVM |
 |
Masih lagi lengang walaupun sudah jam 0700 |
 |
Sayurnya sangat segar - naluri memasak sangat tinggi ketika ini! |
 |
QVM sangat bersih walaupun di bahagian sayur |
 |
Dan sangat kering di bahagian basah - basah tp kering??? |
 |
Daging kangaroo pun ada jual! |
 |
Sorry no nasi lemak on this vacation - one blueberry muffin pls! |
 |
and a cup of hot latte! |
 |
Puyuh pun ada, dijamin bertelur dalam kereta pulang kerumah! |
 |
Ni yang paling best - onesee dan headsee (kot?) |
Sambil menunggu kedai dibuka, kami ke bahagian kafe untuk menjamu selera bak kata orang putih breakfast! Macam biasa lah, kalau ke Melbourne ni kopinya paling enak dan muffinnya memang tidak boleh ditolak. Muffin cicah kopi (Malaysia sangat!) sungguh lah sedap hingga lupa berada di Melbourne! Usai menikmati hidangan kami berjalan-jalan sekitar QVM, terserempak dengan adik-adik bertudung yang mukanya 100% Malaysia, tapi pelik juga, orang Malaysia ni sombong-sombong eh kalau jumpa kat luar negara? hmmm aku berlalu dengan senyuman dibalas buat dek je oleh mereka.
Kami berbelanja sedikit buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai, sebelum pulang untuk check in di Citiclub. Harga barang-barang di QVM tidaklah mahal, boleh la membeli magnet peti dan key chain sebagai hadiah. Citiclub hotel terletak di Queen Street di tengah-tengah bandar dan agak senang untuk kemana-mana.
 |
Check In Citiclub - hotel ni bising pada waktu malam sebab ada kelab malam di tingkat 2. |
 |
Bilik Standard |
 |
Katil yang selesa |
 |
Pintu masuk - sedikit keliru sebab tak nampak seperti hotel |
Destinasi kami seterusnya ialah Brighton Beach. Mesti ramai yang tertanya-tanya ada apa disana? Kalau saya cakap pasal bathing boxes tepi pantai yang berwarna-warni semua orang akan dapat bayangkan ya? Oke jangan teruja dulu! Kami kesana menaiki train dari Flinders Street ke Brighton (Melalui jajaran Sandringham). Senang sahaja, keluar daripada Stesen Brighton terus berjalan ke pantai dan Brighton Beach adalah lebih kurang 1km menghala ke kanan pantai. Dari jauh sudah kelihatan bathing boxes yang berwarna warni yang memang lawa gilerr!! Oke kita tengok gambar je...
 |
nampak tak bathing boxes dari kejauhan? saat ni teruja sangat-sangat! |
 |
wah lawanya |
 |
indah! |
 |
--- |
 |
akhirnya dapat juga jejak kaki kesini |
 |
jangan cakap abang tak payung hahaha |
 |
sebelum meninggalkan Brighton Beach - x nak balik!!!! |
Cuaca pada hari tersebut sangat panas, tetapi air pantainya sejuk. Aku mandi-manda sekejap dan bergambar sebelum pulang semula ke bandar. Ternyata Brighton Beach adalah tempat yang wajib dilawati di Melbourne.
Kami pulang ke bandar sekitar tengahari dan selepas itu ke Eureka Tower ( Tallest building in Southern Hemisphere - katanya!) tinggi jugak la, tapi tak de lah teruja sangat sebab dah selalu tengok KLCC ( i orang KL ya haha). Harga untuk naik ke puncak 88 tigkat sekitar AUD 20. Bila difikir balik seperti tidak berbaloi, tapi apa ada pada harga dibandingkan pengalaman mungkin sekali seumur hidp? (ayat biasa untuk sedapkan hati yang rasa bersalah!). Ya lift menuju ke tingkat 88 laju sangat, keluar daripada lift terus berasa terhuyung hayang bangunan di tiup angin. Tapi aku tak risau, sebab bangunan ini boleh menahan tujahan angin sehingga 600mm, hmm agak hebat. Ok aktiviti diatas Eureka adalah melihat pemandangan Melbourne dan sekitar, sementara menunggu matahari terbenam (konon romantik sangat!) aku membeli kopi dan muffin sambil mengemaskini facebook masing-masing. Nasib baikla kat puncak tu ada disediakan wifi, boleh la kami berhubung dengan dunia luar buat seketika atau lebih kepada update status kat Melbourne ( kau ada?) x de kan hahah.
 |
Eureka |
 |
Lawa? |
 |
Gayat! |
 |
Merenung ke luar jendela |
 |
Sunset! |
 |
Melbourne at night |
 |
and me as well! |
Sebenarnya pada hari ini adalah harinya sambutan White Night Melbourne, iaitu bangunan disuluhi cahaya lampu yang berwarna warni (tapi kenapa white?) dan bukan setakat tu sahaja, mereka turut mempersembahkan cerita di dinding bangunan dengan menggunakan cahaya lampu, sangat cantik dan unik. Kami berjalan-jalan sebentar sebelum membeli kebab dan jus oren (sebab kat sini air mineral sama harga dengan jus) dan terus pulang ke hotel. Berakhirlah hari ke 3 di Melbourne.
 |
Persembahan api |
 |
Beautiful Yarra River of Melbourne! |
 |
and deserved for 2nd pic! |
 |
White Night - Thousands of human and light! |
 |
Melburnian night out! |
 |
And the story begins... in the land of far far away.... |
 |
last pic of the day! |
tgk gambar2 bro teringat 3 bln lepas sy ke melbourne. apa yg bro katakan tu sgt betul, sy tjmpa budak2 malaysia di victoria market.. sy senyum dia buat tak nmpak.. apelah nk sombong sgt.. haha takpela janji melbourne mmg best.. tapaw tshirt byk2. insyallah lg 2 tahun pegi lg.
ReplyDeleteItula
DeleteOrg malaysia mmg cmtu perangai jumpa kt obersea mmg sombong nk tegur apa lagi senyum..mmg dh semula jadi atau pemalu??x tau nape...ahh...lantak la bkn kita minta duit kt dia...haa..haa..
ReplyDeleteHahahaha kekwat kot
Delete