#Melbourne Part 5 - Puffing Billy

Hari Kelima 23 Feb 2015

Hari kelima disini, dua hari terakhir cuaca agak sejuk sekitar 17 darjah. Hari ni kami akan ke Puffing Billy Railway Station bersama-sama kawanku sekeluarga yang belajar disana. Pagi ini kami tidak tergesa-gesa untuk bangun awal sebab kawanku akan datang sekitar jam 9 pagi. Jadi kami berjalan-jalan sekitar city dulu untuk minum kopi. Kami berjalan agak jauh mencari kedai kopi, tiada yang menarik perhatian aku. Sewaktu berjalan pulang ke hotel pula tidak ternampak kedai kopi yang menarik. Apabila menghampiri hotel kami ternampak satu kedai bernama Trunk. Agak sempoi dengan konsep gaya taman, kami singgah dan menikmati sarapan pagi. Rupa-rupanya Trunk ni di belakang hotel kami saja ( adalah diingatkan pintu kecemasan terdekat mungkin berada di belakang anda), pernah dengar kan? betul lah tu!
Breakfast at Trunk

Trunk 

Trunk



Selesai sarapan kami terus ke hotel untuk ke roof deck, Fraser Place Melbourne mempunyai roof deck yang agak menarik, bangunan pencakar langit menghiasi pemandangan roof deck tersebut. Selesai mengumpul memori kami turun untuk ke Puffing Billy Railway Station. Dengan menaiki MPV, kami bersama keluarga kawanku menuju ke Belgrave. Jaraknya agak jauh dengan mengambil masa hampir sejam. Di sepanjang jalan aku dapat menikmati keindahan kawasan perumahan di sana, hairan semua rumah disana mempunyai halaman depan yang terjaga, cantik dan bersih. Kawanku memberitahu bahawa kita boleh disaman jikalau membiarkan halaman rumah kita tidak berjaga. Hmm konsep menarik untuk dipraktikkan di Kuala Lumpur.
Fraser Place roofdeck
Jump

Perjalanan agak jauh dengan menaiki Holden Zafira (7 seater tp kecik sgt - chev nabira kalau di Malaysia) kesian kawanku terpaksa bersempit di seat belakang hehe. Sesampainya disana, ada sebuah kisah... Alkisahnya bila sampai di kaunter tiket, kami disapa oleh sekeluarga dari Malaysia. Katanya nak jual tiket sebab keretapi lambat lagi, sebabnya mereka tidak boleh tunggu untuk ke destinasi seterusnya iaitu Philip Island (nak tengok Penguin!) Macam ni, mereke beli tiket pukul 12.30 ke Lakeside, jarak dari Belgrave ke Lakeside lebih kurang sejam, transit di Lakeside mungkin sejam atau 30 min, dan patah balik ke Belgrave sejam. Jadi mereka tak cukup masa untuk ke Philip Island yang agak jauh juga. Jadi nak ke tak nak ke mereka terpaksa jual lah tiket tu. Kami hanya ber 4 dan tiket mereka 6. Mereka menawarkan dengan harga 45aud (harga asal 49aud) mereka ni pemurah sebab belum sempat aku tawar dia dah turunkan ke 40aud. Bila aku masuk ayat "kami ingat nak pegi yang paling dekat je Menzies Creek harga 26aud" terus anaknya offer 35aud pun boleh la. Hmm dah cukup murah, aku bayar aje tiket 49aud dengan harga 35aud. Kesian pulak dengan mereka, tp aku doakan supaya mereka murah rezeki hendaknye hehehe.
Kenderaan kami dr Melbourne ke Puffing Billy

Puffing Billy

Stesen-stesen yang ada di Puffing Billy

Before that - ticket is compulsory!

Tunggu keretapi

Kaunter tiket - kami x beli disini, kami dapat diskaun

This is the way they ride a train!

Di sebuah perhentian 
Stop for gas

Most beautiful scene of all Melbourne!

Dont worry guys, this train look nice but damn slow! sejam sebatu!

last pose 


Oke keretapi dh sampai, kami menaiki keretapi antik tu ke melalui beberapa stesen hingga ke Lakeside. Jaraknye agak dekat, tp mengambil masa 1 jam, sebab... jalannya tak laju... sejam sebatu! Adoi, sabo jelah,10 min pertama seronok sangat, masuk ke min 20 dah hujan dan sejuk sedikit, masuk minit ke 40 dah bosan! Pemandangan menuju ke Lakeside sangat indah, melalui Dangdenong Ranges yang berbukit bukau, menghijau seluas mata memandang. Asyik! Kami tiba di Lakeside dan makan nasi ayam (nikmat tak terkata dapat makan nasi ayam di Melbourne! bekal yang dibawa oleh kawanku). Berehat sekejap sebelum pulang semula ke Belgrave. Perjalanan pulang tiada yang istimewa, pemandangan sama sahaja (kawan aku siap tido lagi kau haha). Sampai di Belgrave kami terus ke City.

Sampai di city cuaca agak dingin, syok ooo, rasa macam kat Cameron Highland pun ada, dengan angin yang sedikit kuat. Kami menjamu selera dahulu di PappaRich di QV Mall (sebelah State Victoria Library). Boleh la layan mee kari yang meletop (harganya saja, rasanya kurang). Selesai makan kami berpisah, sedih juga sebab esok merupakan hari terakhir di bumi Melbourne.
Salah sebuah masjid di kawasan berdekatan Puffing Billy

Dewan solat

Satu perkara yang buat aku terkilan harini adalah tidak berkesempatan ke zoo untuk meihat kangaroo dan koala. Aku menjangkakan ke Puffing Billy hanya mengambil masa separuh hari sahaja, tetapi tidak sama sekali, sehari baru cukup ya! Malam terakhir di Melbourne kami hanya berjalan kaki ronda-ronda bandar. Cuaca yang sejuk membuatkan perjalanan jauh tidak terasa. Nak buat apa pun tak boleh sebab kedai dah tutup awal2 dah.

Kami pulang awal ke hotel dan tidur...
Melbourne city at night, last night before the trip ends




Comments

Popular posts from this blog

Port Dickson #Avillion Port Dickson

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating