Port Dickson #Avillion Port Dickson


Hai, dah agak lama aku tidak berkongsi apa-apa cerita, bukannya sibuk sangat pun, tetapi tiada apa yang menarik yang perlu diceritakan. Ok mulai sekarang aku berazam untuk menulis dengan lebih ringkas dan padat.

Ceritanya begini, aku dan seorang kawan sedang lepak-lepak berbual kosong. Sedang aku bertanya kepada seorang kawan, " eh nak pegi mana petang ni?" lantas jawapan yang keluar dari mulutnya "PD"! Sebenarnya minggu sebelumnya jawapan yang diberi juga sama tetapi akhirnya kami jalan-jalan ke kompleks membeli belah sahaja.

Dan minggu ini, ianya betul-betul terjadi. Kami ke Port Dickson! Kami bertolak +- jam 1400 dan sampai lebih kurang sejam kemudian. kami tiada membawa barang selain baju mandi dan tuala. Tiada niat dihati untuk bermalam apatah lagi menyewa hotel. Sedang kami makan di KFC PD, aku melayari laman web hotel dan harga untuk Avillion PD sangat la memberangsangkan untuk tempahan di saat akhir. Aku terus tempah dan beberapa minit selepas itu tiba di hotel.

Sudah kujangkakan tempahan kami tidak sampai lagi di kaunter! tapi itu tidak menjadi masalah. Biik standard yang kami tempah sudah habis dan kami dinaiktaraf kepada bilik Duplex Studio. Sudah namanya duplex mestilah ia dua tigkat hehehe. Satu tandas, ruang makan dan ruang keluarga di tingkat bawah, manakala diatas adalah "en-suite bedroom".

Biliknya luas, kemas, ringkas gaya resort dengan perabut kayu, cukup lengkap dengan keperluan harian, dan lebih unik dengan adanya pangkin " day bed"!

Duplex Studio - Tingkat bawah


Day bed (Pangkin) di tingkat bawah - pemandangan indah Pantai Riau

Pemandangan ke luar bilik, lautan luas tiada penghujung

Tangga menuju bilik tidur di tingkat atas

Katil Queen di bilik tidur

Tingkap di bilik tidur - dapat melihat ruang tamu di tingkat bawah

Void dari ruang tamu yang memberi pemandangan kepada bilik tidur di tingkat atas



Pemandangan ke luar jendela...bayu pagi...

Bilik tidur dari tingkat bawah

"Pangkin"
Aku cukup suka dengan lantai "slate" yang dikilatkan di ruang tamu. Di bilik tidur menggunakan parkir untuk lebih praktikal.

Usai daftar masuk sekitar jam 1700 kami berehat di pangkin untuk melepaskan lelah memandu, ditemani bayu laut dan pemandangan indah pantai dan kawasan resort. Selepas itu, kami terus ke kolam renang untuk berenang dan "celup-celup" badan yang keletihan. Uniknya resort ini mempunyai dua kolan renang, satu untuk umum dan satu khusus untuk dewasa sahaja dan hebatnya ia dibuka 24 jam! Cuma semasa kami tiba sekitar jam 1900 tuala sudah tidak disediakan, tapi itu bukan masalah besar bak hang...

Kolamnya cukup cantik dengan lantai mozek biru gelap, dan sebahagiannya adalah "endless pool" yang memberi impak lebih moden dan besar. Yang seronoknya ialah kami tidak diganggu oleh hilai tawa dan bising kanak-kanak, kami hanya ditemani beberapa mat salleh dewasa. Perasaan berenang dan berendam yang cukup indah tanpa gangguan!

Pool untuk dewasa, tiada orang pun di pagi hari...


Kemasan lantai yang memberi mood semulajadi

Bernang sambil ditemani burung merak yang jinak... jangan smpai angry bird kena patuk si merak sudah...
Selesai berenang dan bergambar, kami ke bilik semula dan bersiap untuk keluar menuju pekan Port Dickson. Kami makan di gerai berdekatan Jabatan Perikanan, harga murah dan makanan yang sedap menambahkan lagi keseronokan trip ini. Selesai makan kami menuju ke PD Waterfront iaitu kawasan yang lebih modern dengan kedai-kedai mahal seperti Kenny Rogers, Starbucks dan Papparich. Kami hanya mengambil angin sebentar kemudian pulang ke hotel semula. Malam tersebut kami tidur dengan nyenyak disebakan keletihan.

Keesokan paginya aku dikejutkan dari tidur oleh cahaya matahari yang mencuri masuk melalui tingkap kayu di bilik kami. Dengan lebihan roti semalam, dan bancuhan teh yang disediakan di bilik, sarapan kami merupakan yang terbaik kerana ditemani ombak laut d hujung telinga. Bilik kami tidak disediakan makan pagi, dan perlu tambahan RM35 seorang untuk sarapan pagi yang mana aku rasa sangat tidak berbaloi!

Sejurus selepas tegukan terakhir tea lipton, kami terus ke kolam renang. Sudah dijangka tiada seorang pun di kolam tersebut. Kanak-kanak masih tidur dan orang dewasa masih kesejukan! Kami melepaskan gian untuk beberapa pusingan kuak dan berehat menikmati udara segar dan semestinya bergambar!











Sangat menyeronokkan


Selepas berenang kami bersiap untuk kelaur bersarapan di pekan PD. Tekak aku pagi itu terasa seperti ingin menghirup kopi dan menjamah muffin. Kami ke Starbucks dan bersarapan dengan jayanya.

Usai sarapan kami pulang ke resort dan berjalan-jalan menggelilingi kawasan resort sebelum daftar keluar dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Sedikit gambar hotel untuk tatapan semua...


Hallway

Pemandangan kolam renang dari aras lobby

Hallway


Koridor untuk ke bilik terapung

Menghadap pemandangan laut lepas

Pantai Riau, damai dan tenang

Patio untuk berjemur, tapi dibawah pokok

Duplex studio di tingkat kedua paling atas, menghadap laut, ketenangan yang tiada bantahan! 


Comments

  1. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Cikgu nor
    019-2222777
    Direct owner

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#Phuket Part 1 - Sami Kitchen

#Kuantan & Cherating