Day Trip - Bukit Tinggi ( Colmar Tropicale)
Hai, hari ni agak senang sikit selepas selesaikan hal-hal guesthouse untuk pelanggan yang masuk esok hari. Cuti umum yang lepas (dah lupa cuti umum apa) aku tidak pulang ke kampung, jadi ada masa 2 hari cuti panjang (panjang la bagi aku yang bekerja 5 hari setengah seminggu). Terasa ingin ke suatu tempat tetapi tak tau kemana, Port Dickson sudah pergi bulan sebelumnya, nak ke Cameron Highland atau Fraser Hills agak kurang sesuai untuk day trip. Jadi aku ke Bukit Tinggi. Kali terakhir aku ke Bukit Tinggi adalah 10 tahun lepas sebelum aku memasuki alam pekerjaan.
Bukit Tinggi masih seperti dahulu juga, dahulu aku bermalam di Meranti Park Suites di Bukit Tinggi Resort. Bukit Tinggi Resort nampak agak usang, tiada penambahbaikan dan ubahsuai dibuat. Diatas sedikit terdapat The Château Spa & Organic Wellness Resort bersebelahan dengan Colmar Tropicale. Semasa kunjungan ku dulu The Château Spa & Organic Wellness Resort masih lagi dalam proses pembinaan dan sekarang sudah beroperasi sepenuhnya. Tetapi yang menarik di Bukit Tinggi adalah Colmar Tropicale, resort bertemakan senibina Perancis. Colmar adalah sebuah tempat di Perancis yang kaya dengan senibina unik dan menarik.
Tiket dikenakan untuk memasuki kawasan tersebut dengan bayaran kurang RM 20. Pengunjung agak ramai walaupun pada ketika itu keadaan di Kuala Lumpur atau Malaysia amnya masih lagi berjerebu. Selepas itu kami mengunjungi taman Jepun dan kembali semula ke Kuala Lumpur. Colmar Tropical amat sesuai untuk keluarga dengan cuaca yang sejuk dan nyaman, pemandangan yang indah, selain daripada itu tiada apa yang boleh dibuat. Kalau satu malam pun sudah mencukupi untuk mengunjungi kawasan tersebut. Cakap banyak pun tak guna. Jomlah layan gambar #jangancakapabangtakpayung

Bukit Tinggi masih seperti dahulu juga, dahulu aku bermalam di Meranti Park Suites di Bukit Tinggi Resort. Bukit Tinggi Resort nampak agak usang, tiada penambahbaikan dan ubahsuai dibuat. Diatas sedikit terdapat The Château Spa & Organic Wellness Resort bersebelahan dengan Colmar Tropicale. Semasa kunjungan ku dulu The Château Spa & Organic Wellness Resort masih lagi dalam proses pembinaan dan sekarang sudah beroperasi sepenuhnya. Tetapi yang menarik di Bukit Tinggi adalah Colmar Tropicale, resort bertemakan senibina Perancis. Colmar adalah sebuah tempat di Perancis yang kaya dengan senibina unik dan menarik.
Taman Jepun |
Comments
Post a Comment