Pembukaan "Guesthouse" Pertamaku - PAKOO SUITE
Pembukaan "Guesthouse" Pertamaku
Hai, lama sungguh aku tidak mencoret di blog ini, mungkin disebabkan aku tidak kemana-mana selepas bercuti ke Melbourne Feb 2015. Sudah lebih satu tahun aku tidak bercuti ke luar negara, kalau dalam negara seperti Port Dickson dan Bukit Tinggi tu adalah, itupun hanyan semalaman dan trip balik hari. Selain sibuk dengan kerja-kerja hakiki di pejabat, aku juga telah berfikir-fikir untuk memulakan bisnes sendiri. Seperti semua sedia maklum, orang kerja makan gaji swasta macam saya ni tiada jaminan akan kerja di satu syarikat tu sampai mati kan. Jadi, kita kenalah mencari sumber-sumber rezeki lain yang boleh diperolehi. Sambil makan-makan semasa hari jadi saya yang lepas, tiba-tiba terkeluar satu idea untuk saya menceburi bidang perniagaan. Sebenarnya suatu masa dulu saya pernah mempunyai satu perniagaan, tapi tidak lama selepas itu terpaksa ditutup. Walaupun rugi besar dan terpaksa membayar hutang selama beberapa tahun, tapi itu adalah suatu pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan kepada saya.
Walaupun sedikit takut untuk saya menceburi bidang perniagaan lagi, tetapi hati saya semakin lama semakin ingin mencuba, untung rugi itu adalah adat berniaga bukan, kalau takut rugi, sampai bila-bila pun kita tidak akan berani. Setelah berfikir semasak-masaknya, saya gagahkan jua diri ini untuk membuka sebuah "guesthouse". Lokasi yang saya pilih adalah sangat strategik iaitu berdekatan KLCC, hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke KLCC. Selain daripada itu, ianya sangat dekat dengan stesen Monorail (Bukit Nenas) dan Putra LRT (Dang Wangi) hanya 5 minit berjalan kaki. Selain itu juga terdapat satu pusat membeli belah berdekatan yang baru dibuka iaitu Quill City Mall dengan hanya 5 minit berjalan kaki.
Guesthouse yang saya jalankan adalah di bangunan Mercu Summer Suites, di Jalan Sultan Ismail. Lokasinya bersebelahan sahaja dengan Hotel Renaissance Kuala Lumpur dan Fraser Residence Kuala Lumpur. Guesthouse saya mempunyai 1 bilik tidur danh lengkap dengan perabut dan alatan memasak (untuk yang suka memasak walaupun semasa bercuti!). Guesthouse ini boleh memberi keselesaan kepada 4 orang penginap pada satu-satu masa. Harga pengenalan yang saya iklankan adalah RM 200 semalam. Untuk diskaun dan promosi boleh hubungi saya di 0192661632. Untuk lebih maklumat dan pencerahan, lihat gambar dibawah.
Nota ringkas PAKOO SUITE
Suite 1 Bilik tidur ( Muat 4 orang)
Kolam Renang
Gymnasium
Suasana senyap - Tingkat 30
Lengkap dengan peralatan dapur untuk memasak
Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur
5 minit berjalan kaki ke Stesen LRT terdekat
10 minit berjalan kaki ke KLCC
5 minit berjalan kaki ke Quill City Mall
Berdekatan dengan Kampung Baru ( pelbagai kedai makan )
Berdekatan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan SOGO
Nota ringkas PAKOO SUITE
Suite 1 Bilik tidur ( Muat 4 orang)
Kolam Renang
Gymnasium
Suasana senyap - Tingkat 30
Lengkap dengan peralatan dapur untuk memasak
Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur
5 minit berjalan kaki ke Stesen LRT terdekat
10 minit berjalan kaki ke KLCC
5 minit berjalan kaki ke Quill City Mall
Berdekatan dengan Kampung Baru ( pelbagai kedai makan )
Berdekatan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan SOGO
Pemandangan dari balkoni Pakoo Suite - Tingkat 30 Menghadap PWTC |
Ruang Tamu dengan sofa katil untuk tetamu tambahan |
Ruang Tamu
|
Kolam renang dengan dinding "see through" gempak! |
Comments
Post a Comment