Spain & Portugal Day 2 - Madrid to Cordoba
Assalamualaikum, jom harini kita sambung entry Madrid hari ke 2. Pagi ini selasai makan pagi di hotel, kami meneuskan perjalanan ke Cordoba. Jarak Madrid dan Cordoba adalah sekitar 400km mengambil masa lebih 4 jam menaiki bas. Sepanjang perjalanan ke Cordoba, pemandangan seluas mata memandang, hampir sepanjang perjalanan terdapat ladang zaitun, jadi tidak meghairankan lah jika Spain merupakan pengeluar utama minyak zaitun dunia. Sesekali pemandangan ditukar kepada ladang Canola yang menguning dan indah, alangkah seronoknya kalau dapat singgah dan berlari-lari di ladang tesebut ala-ala filem hindustan haha. Tapi apakan daya aku hanya mengikut jadual perjalanan yang disediakan. Empat jam perjalanan di isi dengan gelak ketawa kami berceloteh dan berteka teki di dalam bas. Aku lebih suka monopoli tempat duduk belakang sekali, maka 4 seat tersebut adalak milik aku, boleh la nak baring atau berubah posisi. Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah restoran Arab, portion makanan agak banyak tetapi tidaklah menepati sangat selera kampung aku ni hehe...
Akhirnya sampai jua kami ke kota tua Cordoba, kota yang sangat popular dengan gereja Cordoba, sejarahnya sangat panjang dimana dahulunya ia adalah sebuah masjid yang dibawah pemerintahan Islam selama 500 tahun sebelum ditakluk oleh empayar Rom dan dijadikan gereja dibawah pemerintahan tersebut. Okay cukup pasal sejarah sebab anda semua boleh google sahaja. Destinasi pertama di jelajahi di Cordoba adalah Jambatan Roman dan juga Gereja Cordoba atau dulunya dikenali sebagai masjid Aljama. Senibina yang sangat agung, di dalamnya masih lagi terdapat saki baki senibina dan ukiran ayat Quran yang disimpan sebagai Sejarah. tetapi pada masa yang sama terdapat juga ukiran patung yang menempatkan gereja yang masih lagi diguna pakai hingga sekarang. Agak sedih mengenangkan bagaimana empayar Islam yang agung selama 500 tahun masih boleh jatuh ke tangan bukan Islam sehingga lah sekarang.
Kami seterusnya keluar daripada kompleks gereja dan bersiar-siar ke kawasan sekitarnya, yang mana dipenuhi bangunan lama dan juga kedai cenderamata. Sambil berjaan-jalan di jalan bata yang disusun elok, aku juga sempat singgah membeli aiskrim, sangat sedap dikala letih berjalan kaki. Kami seterusnya meneruskan perjalanan untuk makan malam. Sebenarnya restoran tersebut hanya berada berdekatan dengan kompleks gereja tersebut, tetapi memerlukan kami berjalan kaki. Agak lama juga kami menyelusuri lorong kecil di antara bangunan lama dan akhirnya sampai di restoran Arab tersebut yang bernama Teteria Petra. Menu kami pada malam tersebut ada paella dan sup kekacang. Paella adalah makanan yang popular di Spain yang merupakan nasi yang dimasakkan bersekali dengan makan laut seperti udang dan lain-lain lagi. Sekali lagi rasanya sangat kurang rempah dan tawar, mujurlah kami ada bawa sedikit bekal serunding daging dan juga sambal ikan bilis, boleh lah dicampur sedikit sebagai penambah rasa.
Sebenarnya, ada satu kejadian di dalam sebuah kedai cenderamata dimana agak menyedihkan hehe, aku sebenarnya tersadung satu arca kaca yang kecil di atas rak. Arca kaca tersebut jatuh dan bang berderai!!! Di sebelah aku adalah seorang nenek meandang aku tepat pada mataku, aku hanya diam kaku bisu seribu kata, akhirnya nenek tersebut berlalu seribu bahasa juga. Aku terus mengangkat arca tersebut dan terus keluar daripada kedai. Harga arca tersebut lebih kurang 10euro juga. aku harap kedai tersebut tak rugi dengan tindakan aku ini. Maafkan aku ya...aku risau juga kalau-kalau ada yang perasan dan melaporkan kejadian tersebut, tapi tiada apa-apa sehinggalah kami berangkat ke hotel.
Usai mengelilingi kota Cordoba kami terus ke hotel yang pada aku jaraknya agak jauh ke luar kota. Hotel tersebut bernama Hotel Abetos. Lokasi hotel ini agak eksklusif kerana jauh daripda bandar dan juga kawasan perumahan. Kawasan sekeliling hotel ini dipenuhi hutan dan bukit bukau. Hotel ini juga mempunyai kolam renang tetapi suhu agak sejuk disini sekitar 15/16 darjah membuatkan kami tidak berdaya untuk berenang hehe. Bilik agak cantik dan bersih dengan senibina Andalusia yang ringkas tetapi cantik.
Pagi esoknya kami maka pagi di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Granada (AL-Hambra)...
Comments
Post a Comment