Spain & Portugal - Madrid
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah sangat lama rasanya tidak menulis sesuatu di blog, sejak 2016 rasanya saya sangat sibuk dengan kerja dan hal-hal seharian sehinggakan nak cari masa untuk menulis pun tidak sempat. Alhamdulillah disebabkan MCO (movement control order) barulah ada banyak masa dan terdetik dihati untuk menulis kembali. Maklumlah dah lama tidak menulis, harap-harap skill menulis tidak hilang 😅.
Ok, saya mulakan dengan trip saya pada tahun lepas 2019, yang sebenarnya adalah trip bersama kawan-kawan pejabat ke Sepanyol dan Portugal. Kenapa trip ini? Sebabnya hanya 2019 dan ketas sahaja gambar-gambar yang ada di dalam telefon ni, yang sebelumnya sudah di alihkan ke laptop. Pada 2016, 2017 dan 2018 ada banyak juga trip saya ke luar negara seperti pada 2016 saya ke Bali, 2017 saya ke Danang-Hue-Hoi An serta Pattaya-Bangkok. Pada 2018 pula saya ke Phuket, Umrah, Budapest-Slovenia-Lake Blade-Venice-Verona-Lake Como-Milan serta trip pendek ke Macau dan pada hujung tahun saya ke Bandung sahaja. Pada tahun 2019, trip pertama saya adalah Shanghai-Suzhou-Hangzhou serta trip Phuket dan selepas itu trip Sepanyol dan Portugal yang akan saya tulis didalam entry ini. Pada tahun 2020 pula, trip pertama saya adalah ke Bangkok dan Jakarta sahaja sebelum covid19 menyerang.
Trip Sepanyol dan Portugal bermula di KLIA pada 22 April 2019. Dari KLIA kami terbang dengan Emirates ke Dubai, transit di DXB beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke Adolfo Suárez Madrid–Barajas Airport, Madrid. Perjalanan Dubai ke Madrid tidaklah sejauh Kul ke Dubai. Kami tiba di Madrid lebih kurang jam 7pm. Kami terus naik bas dan check-in di hotel Holiday Inn Express Leganes, Madrid. Malam tersebut kami rehat di bilik sahaja disebabkan jetlag, cuaca juga agak sejuk sekitar 5 darjah celcius.
23 April 2019, saya bangun awal disebabkan kelaparan haha, cuaca agak sejuk sekitar 1darjah, jadi inilah masanya untuk kita OOTD haha, ya inilah masa yang di tunggu-tunggu, pakai baju "layering" haha. Saya sungguh teruja dengan peluang berfesyen dua tiga lapis ni, di Malaysia bukan boleh pakai panas sangat.... Alhamdulillah selepas breakfast roti dan buah di hotel kami seterusnya menaiki bas untuk ke Madrid Palace. Sepanjang perjalanan, saya asyik menikmati pemandangan di kota Madrid, rumah daripada bata merah yang klasik dan tak lapuk dek zaman. Kami tiba di Istana Madrid, sungguh indah dengan senibina klasik dan sangat besar. Kami hanya berhenti sekejap sekadar bergambar untuk kenangan.
Usai di Istana Madrid, kami ke pasar awam yang lebih dikenali sebagai Mercado San Miguel, makanannya agak murah, tapi saya hanya melihat sahaja, sudah tentunya ia tidak halal walaupun coklat.
Kami seterusnya meneruskan penggembaraan ke Plaza Mayor dan KM0 Madrid. Pemandangannya sama sahaja iaitu bangunan lama yang sangat cantik. Usai bergambar kami ke Masjid Ibukota Madrid untuk solat Zuhur jamak serta menjamu selera di restoran hanya dibawah masjid tersebut.
Usai melawat stadium Real Madrid, kami menuju ke hotel untuk berehat. Dalam perjalanan ke hotel kami singgah di restoran Indonesia di Madrid iaitu Sabor Nusantara. Juadahnya agak sedap sesuai dengan selera kampung kegemaranku. Kami dijamu dengan menu kuah lodeh, megi goreng, nasi serta sayur. Boleh la untuk isi perut sebelum makan pagi esok hari di hotel...
Sekian untuk trip hari pertama, ikuti perjalanan hari kedua kami pada entry akan datang...
Ok, saya mulakan dengan trip saya pada tahun lepas 2019, yang sebenarnya adalah trip bersama kawan-kawan pejabat ke Sepanyol dan Portugal. Kenapa trip ini? Sebabnya hanya 2019 dan ketas sahaja gambar-gambar yang ada di dalam telefon ni, yang sebelumnya sudah di alihkan ke laptop. Pada 2016, 2017 dan 2018 ada banyak juga trip saya ke luar negara seperti pada 2016 saya ke Bali, 2017 saya ke Danang-Hue-Hoi An serta Pattaya-Bangkok. Pada 2018 pula saya ke Phuket, Umrah, Budapest-Slovenia-Lake Blade-Venice-Verona-Lake Como-Milan serta trip pendek ke Macau dan pada hujung tahun saya ke Bandung sahaja. Pada tahun 2019, trip pertama saya adalah Shanghai-Suzhou-Hangzhou serta trip Phuket dan selepas itu trip Sepanyol dan Portugal yang akan saya tulis didalam entry ini. Pada tahun 2020 pula, trip pertama saya adalah ke Bangkok dan Jakarta sahaja sebelum covid19 menyerang.
Trip Sepanyol dan Portugal bermula di KLIA pada 22 April 2019. Dari KLIA kami terbang dengan Emirates ke Dubai, transit di DXB beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke Adolfo Suárez Madrid–Barajas Airport, Madrid. Perjalanan Dubai ke Madrid tidaklah sejauh Kul ke Dubai. Kami tiba di Madrid lebih kurang jam 7pm. Kami terus naik bas dan check-in di hotel Holiday Inn Express Leganes, Madrid. Malam tersebut kami rehat di bilik sahaja disebabkan jetlag, cuaca juga agak sejuk sekitar 5 darjah celcius.
23 April 2019, saya bangun awal disebabkan kelaparan haha, cuaca agak sejuk sekitar 1darjah, jadi inilah masanya untuk kita OOTD haha, ya inilah masa yang di tunggu-tunggu, pakai baju "layering" haha. Saya sungguh teruja dengan peluang berfesyen dua tiga lapis ni, di Malaysia bukan boleh pakai panas sangat.... Alhamdulillah selepas breakfast roti dan buah di hotel kami seterusnya menaiki bas untuk ke Madrid Palace. Sepanjang perjalanan, saya asyik menikmati pemandangan di kota Madrid, rumah daripada bata merah yang klasik dan tak lapuk dek zaman. Kami tiba di Istana Madrid, sungguh indah dengan senibina klasik dan sangat besar. Kami hanya berhenti sekejap sekadar bergambar untuk kenangan.
Usai di Istana Madrid, kami ke pasar awam yang lebih dikenali sebagai Mercado San Miguel, makanannya agak murah, tapi saya hanya melihat sahaja, sudah tentunya ia tidak halal walaupun coklat.
Kami seterusnya meneruskan penggembaraan ke Plaza Mayor dan KM0 Madrid. Pemandangannya sama sahaja iaitu bangunan lama yang sangat cantik. Usai bergambar kami ke Masjid Ibukota Madrid untuk solat Zuhur jamak serta menjamu selera di restoran hanya dibawah masjid tersebut.
Terdapat beberapa lagi tempat yang sempat kami singgah di kota Madrid seperti Hard Rock Madrid yang merupakan kedai wajib disinggah walau dimana destinasi sekalipun. Kami singgah di hard rock Madrid sekitar 15min sahaja sebelum meneruskan perjalan ke Plaza de Toros iaitu stadium laga lembu liar di Madrid. Kami tidak berpeluang menyaksikan acara tersebut dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mengabadikan gambar sebagai kenangan.
Lokasi terakhir kami kunjungi pada hari tersebuat adalah.....
Real Madrid Stadium ataupun Estadio Santiago Bernabeu. Rasa teruja pula dapat menjejakkan kaki ke kelab bolasepak popular dunia ini. Walaupun tidak meminati sukan bola sepak, tapi sedikit sebanyak terdetik rasa teruja bila berpengalaman sendiri memasuki stadium tersebut. Kami hanya memasuki stadium sekitar 15minit sahaja sambil minum secawan kopi di Real Cafe Bernabeu.
Sekian untuk trip hari pertama, ikuti perjalanan hari kedua kami pada entry akan datang...
Comments
Post a Comment