Posts

Spain & Portugal Day 2 - Madrid to Cordoba

Image
Assalamualaikum, jom harini kita sambung entry Madrid hari ke 2. Pagi ini selasai makan pagi di hotel, kami meneuskan perjalanan ke  Cordoba. Jarak Madrid dan Cordoba adalah sekitar 400km mengambil masa lebih 4 jam menaiki bas. Sepanjang perjalanan ke Cordoba, pemandangan seluas mata memandang, hampir sepanjang perjalanan terdapat ladang zaitun, jadi tidak meghairankan lah jika Spain merupakan pengeluar utama minyak zaitun dunia. Sesekali pemandangan ditukar kepada ladang Canola yang menguning dan indah, alangkah seronoknya kalau dapat singgah dan berlari-lari di ladang tesebut ala-ala filem hindustan haha. Tapi apakan daya aku hanya mengikut jadual perjalanan yang disediakan. Empat jam perjalanan di isi dengan gelak ketawa kami berceloteh dan berteka teki di dalam bas. Aku lebih suka monopoli tempat duduk belakang sekali, maka 4 seat tersebut adalak milik aku, boleh la nak baring atau berubah posisi. Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah restoran Arab, portion m...

Spain & Portugal - Madrid

Image
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah sangat lama rasanya tidak menulis sesuatu di blog, sejak 2016 rasanya saya sangat sibuk dengan kerja dan hal-hal seharian sehinggakan nak cari masa untuk menulis pun tidak sempat. Alhamdulillah disebabkan MCO (movement control order) barulah ada banyak masa dan terdetik dihati untuk menulis kembali. Maklumlah dah lama tidak menulis, harap-harap skill menulis tidak hilang 😅. Ok, saya mulakan dengan trip saya pada tahun lepas 2019, yang sebenarnya adalah trip bersama kawan-kawan pejabat ke Sepanyol dan Portugal. Kenapa trip ini? Sebabnya hanya 2019 dan ketas sahaja gambar-gambar yang ada di dalam telefon ni, yang sebelumnya sudah di alihkan ke laptop. Pada 2016, 2017 dan 2018 ada banyak juga trip saya ke luar negara seperti pada 2016 saya ke Bali, 2017 saya ke Danang-Hue-Hoi An serta Pattaya-Bangkok. Pada 2018 pula saya ke Phuket, Umrah, Budapest-Slovenia-Lake Blade-Venice-Verona-Lake Como-Milan serta trip pendek ke Macau dan pada hujung tahun say...

Day Trip - Bukit Tinggi ( Colmar Tropicale)

Image
Hai, hari ni agak senang sikit selepas selesaikan hal-hal guesthouse untuk pelanggan yang masuk esok hari. Cuti umum yang lepas (dah lupa cuti umum apa) aku tidak pulang ke kampung, jadi ada masa 2 hari cuti panjang (panjang la bagi aku yang bekerja 5 hari setengah seminggu). Terasa ingin ke suatu tempat tetapi tak tau kemana, Port Dickson sudah pergi bulan sebelumnya, nak ke Cameron Highland atau Fraser Hills agak kurang sesuai untuk day trip. Jadi aku ke Bukit Tinggi. Kali terakhir aku ke Bukit Tinggi adalah 10 tahun lepas sebelum aku memasuki alam pekerjaan. Bukit Tinggi masih seperti dahulu juga, dahulu aku bermalam di Meranti Park Suites di Bukit Tinggi Resort. Bukit Tinggi Resort nampak agak usang, tiada penambahbaikan dan ubahsuai dibuat. Diatas sedikit terdapat The Château Spa & Organic Wellness Resort bersebelahan dengan Colmar Tropicale. Semasa kunjungan ku dulu The Château Spa & Organic Wellness Resort masih lagi dalam proses pembinaan dan sekarang sudah beroperas...

Pembukaan "Guesthouse" Pertamaku - PAKOO SUITE

Image
Pembukaan "Guesthouse" Pertamaku Hai, lama sungguh aku tidak mencoret di blog ini, mungkin disebabkan aku tidak kemana-mana selepas bercuti ke Melbourne Feb 2015. Sudah lebih satu tahun aku tidak bercuti ke luar negara, kalau dalam negara seperti Port Dickson dan Bukit Tinggi tu adalah, itupun hanyan semalaman dan trip balik hari. Selain sibuk dengan kerja-kerja hakiki di pejabat, aku juga telah berfikir-fikir untuk memulakan bisnes sendiri. Seperti semua sedia maklum, orang kerja makan gaji swasta macam saya ni tiada jaminan akan kerja di satu syarikat tu sampai mati kan. Jadi, kita kenalah mencari sumber-sumber rezeki lain yang boleh diperolehi. Sambil makan-makan semasa hari jadi saya yang lepas, tiba-tiba terkeluar satu idea untuk saya menceburi bidang perniagaan. Sebenarnya suatu masa dulu saya pernah mempunyai satu perniagaan, tapi tidak lama selepas itu terpaksa ditutup. Walaupun rugi besar dan terpaksa membayar hutang selama beberapa tahun, tapi itu adalah suatu ...

Port Dickson #Avillion Port Dickson

Image
Hai, dah agak lama aku tidak berkongsi apa-apa cerita, bukannya sibuk sangat pun, tetapi tiada apa yang menarik yang perlu diceritakan. Ok mulai sekarang aku berazam untuk menulis dengan lebih ringkas dan padat. Ceritanya begini, aku dan seorang kawan sedang lepak-lepak berbual kosong. Sedang aku bertanya kepada seorang kawan, " eh nak pegi mana petang ni?" lantas jawapan yang keluar dari mulutnya "PD"! Sebenarnya minggu sebelumnya jawapan yang diberi juga sama tetapi akhirnya kami jalan-jalan ke kompleks membeli belah sahaja. Dan minggu ini, ianya betul-betul terjadi. Kami ke Port Dickson! Kami bertolak +- jam 1400 dan sampai lebih kurang sejam kemudian. kami tiada membawa barang selain baju mandi dan tuala. Tiada niat dihati untuk bermalam apatah lagi menyewa hotel. Sedang kami makan di KFC PD, aku melayari laman web hotel dan harga untuk Avillion PD sangat la memberangsangkan untuk tempahan di saat akhir. Aku terus tempah dan beberapa minit selepas itu t...